MUDAH SAHAJA JIKA DAP MAHU SAMBUNG BALIK BEKERJASAMA
DENGAN PAS
IKTIRAF SAHAJA DASAR PERJUANGAN PAS SECARA TERBUKA
DAN MOHON MA'AF JUGA SECARA TERBUKA
APA YANG TELAH DILAKUKANNYA TERHADAP PAS
DAN JANGAN MAIN BELAKANG-BELAKANG
-Pak Karamu-
Strategi kerjasama DAP untuk lemahkan Pas
KOTA BHARU – Pas mendakwa hasrat DAP untuk kembali menjalinkan kerjasama merupakan strategi untuk melemahkan parti itu.
Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, DAP mempunyai
strategi tersendiri untuk memberikan masalah kepada Pas dengan taktik
yang sudah boleh dibaca pihaknya.
“DAP macam tiada cara lain, jadi dia ajak (bekerjasama), bila kita sanggup mereka akan hentam muka kita.
“Buat masa sekarang Pas memang tiada kerjasama dengan DAP dan sudah lama putus. Sukar untuk kita faham mereka,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Van
Sumbangan kerajaan negeri kepada Hospital Universiti Sains Malaysia
(HUSM) di sini.
Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan menyatakan
hasratnya untuk bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi PRU14 malah
beliau turut menegaskan hasrat itu akan diteruskan walaupun ditentang
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengulas pendirian Mahathir yang menolak kerjasama dengan Pas, Ahmad
berkata pihaknya hanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat.
“(Parti) Bersatu nampak tetapi tidak bersatu, tentang penolakan Tun M
kita tidak boleh kata apa, hanya tunggu dan lihat,”tegasnya.
12 orang berkata:
Tgk gambor tgna sejuk rasa hati. Tgk gambo dia menyampah je rasa.
Ada sesetengah org duduk banglo. Ada sesetengah org duduk dalam khemah je
Hishhh. Kalu banyak sangat jual balak, air sungai tukar jadi kopi tarik.
Seronok naik kapal terbang. Dari atas boleh nampak gunung2 yang membotak. Best, mcm kepala org tua dah tak tumbuh rambut. Cantikkk sangat.
Budak2 tadika pun setuju bahawa menanam durian kunyit dicelah2 pokok kayu boleh memberi keuntungan berganda. Inikan pula org dewass yg bergelar Ir.
Kalau tak kerjasama dgn bersatu pun bagus jugak. Sbb dah lama sgt nak tengok kejaan negeri tukar parti baru yg dpt membela rakyat. Yg parti lama bole simpan di muzium negeri untuk tontonan cucu cicit kita.
Mintak tolong la nasihatkan anak cucu kita supaya jgn berebut duit jual tanah secars berjemaah. Buat malu kompeni atok kita je.
Pak pandir tu sebenarnya bodoh tapi mengaku pandai. Sebab tu unta dan keldai naik atas kepala dia.
Harga rumah banglo sekang ni pun dah juta2. Tapi kalu bapak kita banyak duit kita boleh beli 10 banglo sekali gus.
Kawan yg sejati ialah kawan yang relax dan cool je bila kawan kita makan dedak untuk kesinambungan abadi
Cuba tengok ikan belukang kat pasar borong. Ikan yg busuk tu misti mula dr bahagian kepala dia. Dari kepala busuk tu akan turun sampai ekor.
Org tua2 dulu kalu simpan dedak ada bubuh kat serban. Lebih tebal serban lagi banyak dedak boleh simpan
Post a Comment