Isu kapcai: Tidak dilaksanakan jika tidak setuju
KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor menjelaskan larangan motosikal kapcai daripada memasuki
pusat bandar Kuala Lumpur hanyalah sekadar cadangan dan tidak akan
dilaksanakan jika rakyat tidak bersetuju.
Tengku Adnan berkata cadangan itu telah diputarbelitkan pihak tertentu.
"Kami merasai nadi rakyat, kalau rakyat tak mahu, kami akan ikut
pandangan rakyat, jadi pengguna motosikal kapcai jangan bimbang dan kita
tidak akan laksanakannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau sebelum ini dilaporkan berkata cadangan itu adalah antara usaha
untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon selain bagi menangani jenayah
ragut dan pelaksanaannya akan dipertimbangkan jika pengangkutan awam
dapat menyediakan tambang yang berpatutan kepada para penumpangnya.
"Kita sedang melihat perkara (cadangan) ini, saya kata 'berkemungkinan', mungkin ya atau mungkin tidak.
"Saya tahu bahawa kebanyakan warga kita perlukan kenderaan ini
(motosikal kapcai), kebanyakan rakyat khususnya golongan bawahan, mereka
menggunakan kenderaan ini ke tempat kerja dan sebagainya kerana ia
menjimatkan," katanya.
Laporan berkenaan cadangan itu menjadi tular di media sosial dan
menimbulkan pelbagai maklum balas orang ramai yang tidak bersetuju
dengan cadangan itu.
Terdahulu, Tengku Adnan merasmikan butik 'ready to wear' atau RTW yang
dikenali sebagai Bohari milik pereka fesyen, Ridzuan Bohari di Sunway
Putra Mall di sini.
Beliau berharap Kuala Lumpur akan terus menjadi 'Syurga Membeli-belah'
menerusi lebih banyak pembukaan outlet perniagaan di pusat beli-belah
sekitar ibu kota.
"Dengan wujudnya banyak outlet sebegini (seperti perniagaan Bohari) ia
sedikit sebanyak menarik lebih ramai pengunjung datang ke Kuala Lumpur,
dan kita harapkan produk-produk tempatan juga berkembang ke peringkat
antarabangsa," katanya. - Bernama
11 orang berkata:
mengeluarkan cadangan untuk tidak membenarkan kapcai masuk bandar itu pun dah salah...apatah lagi melaksanakannya...semua idea tu hanya untuk memijak rakyat miskin...sudah lah miskin dipijak pula lagi..memang sudah menjadi kelaziman politik pemerintah tidak sekali kali akan membasmikan dua golongan demi meraih kemenangan pengundi
1. golongan miskin
2. golongan kurang pelajaran
jiwa dua golongan ini akan mudah dibeli bila pilihanraya menjelang...gula gulakan dua golongan ini dengan beras 10 kilogram sekampit seorang...duit sikit...dah cukup untuk meraih undi...bagus kerajaan...prihatin dgn nasib rakyat...begitulah senario politik kotor yang sentiasa berlaku....
Phewww!!! Nasib baik range rover, land rover discovery, vellfire, mini cooper yg ulama2 pas guna boleh masuk KL. Kalau tidak mesti diorang ponteng sidang parlimen.
Gst pun rakyat tak setuju.
Tapi jalan jugaaaakk...
Tu yg aku tak caya sangat cakap2 geng mamat neh..
memang target untuk penunggang kapcai sbb ahli politik penerintah sekarang ada kepentingan dalam hal ini...
jelas mereka nak penunggang kapcai ni menggunakan kenderaan awam sbb syarikat pengangkutan awam ni mereka yang punya atau rakan kongsi atau makan komisen...semua mereka ada saham..baik baik kenderaan awam beroda atas jalan atau beroda atas rel...bila kurang pengguna kurang menggunakanya...lambatlah pulangan modal dan keuntungan mereka...itu yang mereka kelam kabut nak gubal sistem baru...tengok muka pun tahu...muka tamak..hitam tak ada cahaya iman...
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada DATOK atas nomor yang DATOK
beri 6 angka [817118] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus DATOK.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu DATOK. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan DATOK..
sekali lagi makasih banyak ya DATOK… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi DATOK IBRAHIM MAT ZIM,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 2 JUTA RINGGIT , wassalam.
Yg byk naik kapcai ialah melayu.
Tak suka undi drp org melayu la turr
Woii....msia kan negara maju tahap global. Apa kelas naik kapcai kat kl. Naik jet peribadi la baru ada kelas...huhuhu
Mintak2 jgn ler ada org bahlul cakap klu nak naik kapcai sila duduk kat hulu....
Kalau lebai yahadi senyap aje tu maknanya cadangan mamat ni bagus. Heeeeeee
yg miskin papa kedana la kategori bangsat yg snang diratah & dipijak2 itula resam dunia sekrg dulu & selama2nya
Post a Comment