PAN DAN DAP MASIH LAGI MENYINGA DENGAN PAS SEBAB PAS MASIH ADA HUBUNGAN DENGAN BERSATU DAN PKR
ADA KEMUNGKINAN PAN DAN DAP SAHAJA MEMBENTUK PEMBANGKANG ATAU
MEREKA TERPAKSA DIPINGGIRKAN
DALAM MASA YANG SAMA PENGURUSI BERSATU DIMINTA BEREHAT DARI MERANCANG
KERANA DIA BANYAK MEMBUAT
KENYATAAN YANG SILAP
-Pak Karamu-
Kerjasama PRU14 Pas, Bersatu belum tamat
SHAH ALAM – Pas mendakwa parti Islam itu masih meneruskan perbincangan
dengan Bersatu berhubung kerjasama yang akan dibentuk bagi menghadapi
PRU14.
Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, Pas hanya menolak DAP dan Amanah
dalam membentuk kerjasama, namun masih menjalankan perbincangan dengan
Bersatu serta PKR.
“Malah malam kelmarin (Sabtu) pun, saya menghadiri Ceramah Perdana
Semarak Hijau 3.0 yang diadakan di Hulu Langat bersama Timbalan Presiden
Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan kami membincangkan isu bersama
iaitu untuk menumbangkan BN pada PRU14 ini.
“Dengan PKR juga ia berjalan seperti biasa dan kami tidak putuskan
apa-apa lagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Sebelum ini, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan
tempoh untuk Pas berbincang dengan gabungan Pakatan Harapan sudah
berakhir.
Menurut Mahathir, ini kerana pihaknya telah memberi banyak masa kepada
Pas, namun masih tiada sebarang jawapan diterima berhubung kerjasama
tersebut.
Menyentuh hal itu, Idris berkata, perbincangan mengenai kerjasama
berkenaan masih berjalan sehingga kini namun tidak melibatkan DAP dan
Amanah.
“Tun Mahathir bagi masa kepada kita, jadi dia mesti ikut kita,” katanya.
Sementara itu, Idris turut memaklumkan bahawa Pas sentiasa bersedia
menghadapi pelbagai kemungkinan yang berlaku bagi menghadapi PRU14,
khususnya tanpa DAP dan juga Amanah.
Katanya, tindakan Pas menolak dua parti berke-naan adalah disebabkan
oleh serangan dilakukan mereka terhadap parti Islam itu sebelum ini.
3 orang berkata:
Bukan lah.
Sbb hadi suruh
Berbelit-belit lidah, sekejap tak ada hubungan lepas tu ada balik. Sebelum ini PAS sedia bersendiri dan Gagasan Sejahtera sahaja. Macam-macam merapu sekarang, bila pemimpin-pemimpi yang ada cuma nak berkuasa tetapi tidak tahu berpolitik secara bijaksana.
Pas sesuai jd PIGS.
Post a Comment