Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS PUN TAK LEH TERIMA CARA KO RANG, CARA SEKULAR TEGAR, PAN ALAT DAP

Saya mohon maaf, Tok Guru: Suhaizan
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - "Saya mohon maaf Tok Guru (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," demikian ujar Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat.

Suhaizan berkata, beliau memohon maaf kepada Abdul Hadi kerana gagal sependapat dengan pemimpin itu berhubung kenyataan Pas yang mahu pembangkang yang lain mengikut rentak Pas sekiranya mahu bekerjasama dengan parti itu.

"Saya berbeza pendapat dengan Tok Guru. Kita tidak boleh paksa orang lain menerima cara kita. Kita hanya boleh beri pilihan pada mereka.

"Terpulang pada mereka untuk menerima atau menolaknya. Dari segi menilai pula, biarlah orang lain menilai parti kita dan tidak perlu kita menilai parti kita sendiri bagi pihak mereka," katanya kepada Sinar Online.

Abdul Hadi sebelum ini berkata, mana-mana parti pembangkang yang ingin bekerjasama dengan Pas, perlu mengikut cara Pas.

Pemimpin nombor satu Pas itu dipetik sebagai berkata, parti Islam itu telah lama bertapak  dan melalui pengalaman jatuh bangun dalam politik, berbanding parti pembangkang lain.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ikut cara Pas jika mahu bekerjasama]

8 orang berkata:

Anonymous said...

Bukan ikut cara pas tapi ikut cara hadi. Kalu hadi dah tak ada pas akan balik spt pas yg asal.

Tar Snake said...

Ikut cara pas, terjun masuk lubuk.

Anonymous said...

Kpd untaa2, tutup mata tarik nafas dalam2. Fikir dgn hati terbuka, betul ke apa yg his kamu buat tu untuk kepentingan Kamu? Betul ke bukan utk kepentingan poket dia orang?

Anonymous said...

Sembahyang berjemaah pahala lebih drp sembahyang sendirian. Main politik berjemaah untung lebih drp bersendirian.

Sbb tu BN untung sbb berpolitik secara berjemaah.

Sbb tu aku berani cakap Kelantan akan terlepas kpd parti YG berjemaah sama ada BN atau PH.....

Anonymous said...

Senang cakap macam ni la. Buat sidang akhbar rasmi, cakap betul2 pas tak perlu sapa2. Tak ada syarat2. Terus cakap pas sudah tutup pintu rapat. Buat secara rasmi.

Anonymous said...

Atau bubar pas dan masuk umno terus. Jadi tak timbul 3 penjuru atau pan ambik kerusi pas. Rakyat dah muak dah hidup susah sepanjang masa dek mainan org politik spt hadi.

Anonymous said...

Dekat mana pak karam kata pan skular tegar?? Tak pakai jubah dan serban tu kira skular tegar ker?? Kat mana skular tegarnya?? Kat mana??

Perkataan skular tegar tu aku rasa lebih sesuai pak karam tuju kat geng pak karam sendiri atau geng baik pak karam

cass said...

kita tengok pulak apa pas nak cakap...terutama hadi...ketua mca dah keluarkan statement...umno kalau teruskan RUU355..mca akan perang habis habisan...biar bn berpecah..nama kata mca dan parti cina lain sekali kali tidak akan membenarkan RUU355 diteruskan..
mca siap ingatkan kaum cina agar menentang RUU355 ni...dasyatkan kuasa yang cina miliki....sedikit demi sedikit mereka merobek dan merentap hak kita....
sejengkal demi sejengkal mereka melata diatas agama kita...

selangkah demi selangkah mereka bertapak dibumi kita mengawal kehidupan kita...dan paling menyedihkan kita terus saja membisu tanpa berani bertindak...
sehinggakan agama islam kita biat mereka ikut campur...betul lah kata NABI MUHAMMAD SAW...akan tiba masanya hal ehwal agama islam akan diterajui oleh orang yang bukan islam....
org melayu beragama islam..mari kita tinggalkan sebentar isu parti dan perjuangan tak kira apa pun perjuangan kita...kita selesaikan dulu isu mca ni....cacing sudah naik kemata...perlu diapakan?...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.