AKIBAT PERPECAHAN PEMBANGKANG
MAKA YANG AKAN MENJADI MANGSA
IALAH PKR, KERANA PKR SELAMA INI HANYA
BERGANTUNG PADA PAS DAN DAP
PAS KELIHATAN KUAT DAN SETABIL
DIDALAM POLITIK NEGARA, KERANA
ITU HASIL KAJIAN DAN TINJAUAN POLITIK
MAKA DAP JUGA MAHU BERBAIK SEMULA
DENGAN PAS, KERANA MENYEDARI
KEKUATAN HANYA ADA PADA PAS
YANG MENGATAKAN PAS AKAN MENDERITA
HANYALAH UNTUK PULIH SEMANGAT AHLI
SAHAJA, KENYATAANNYA AKAN
TERBUKTI JUGA NANTI
-Pak Karamu-
Laluan sukar Umno, Pas
ALOR SETAR - PKR Kedah yakin Pakatan Harapan tidak berdepan masalah
sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU14 akan datang,
sebaliknya Pas dan Umno akan melalui laluan sukar.
Pengerusinya, Dr Azman Ismail mendakwa Pakatan Harapan mempunyai
kelebihan manakala Pas dan Umno bakal berdepan situasi memeritkan.
“Pertandingan tiga penjuru memanglah sukar untuk semua pihak, namun
lebih perit kepada parti yang pernah menjadi kerajaan seperti Umno dan
Pas. Umno Kedah kini berdepan masalah dalaman apabila mendapat tentangan
hebat dari bekas ahlinya yang sertai Bersatu, Pas Kedah pula tidak
sekuat dahulu,” katanya.
Menurutnya, ramalannya itu adalah realistik dan berdasarkan kepada
kajian senario berbeza pilihan raya serta sentimen pengundi di Kedah.
“Lebih separuh daripada 36 kerusi Dun dan 15 kerusi parlimen dijangka
bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada PRU14, walaupun BN
Kedah pernah suarakan tidak bimbang dengan Bersatu dan yakin menang
majoriti 2/3,” katanya.
Azman berkata, berdasarkan kaji selidik, tidak mungkin Pas masih
memiliki kerusi selamat untuk dipertahankan walaupun di kawasan kubu
kuatnya seperti Tokai dan Sungai Limau.
“PKR, Amanah dan DAP juga memiliki kerusi yang boleh dipertahankan
tetapi untuk parti yang pernah dominan, pertandingan tiga penjuru
memeritkan dan mereka boleh kehilangan kedudukan dominan itu, terutama
apabila bersaing di jajaran pengundi yang sama,” katanya.
Menurutnya, adalah lebih baik jika semua pihak yang mahu melihat
Umno/BN ditumbangkan berbincang bagi memastikan berlaku pertandingan
satu lawan satu.
“Pandangan saya adalah realistik dan menggambarkan sentimen rakyat
serta tidak menghina atau memperlekeh sesiapa. Politik Pas dan Umno
masih berdasarkan agama dan bangsa, mereka bersaing dalam kumpulan
pengundi yang sama,” katanya.
Azman berkata, Pas harus sedar terhadap risiko bersendirian atau boleh
terus memilih untuk meneruskan perjuangan tanpa mengambil tahu isu
sekeliling.
“Saya yakin dalam tempoh tiga bulan atau lebih, Bersatu akan bertambah
kuat dan pertandingan tiga penjuru lebih berpihak kepada kami,” katanya.
Menurutnya, BN mungkin beranggapan Pas memecahkan undi pembangkang
namun ia adalah harapan palsu, selain BN juga perlu mengambil kira
populariti pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Terkini, Umno memiliki 18 kerusi Dun, bersama MCA (2), manakala Pas
(8), PKR (4), DAP (2), selain Bersatu dan Amanah masing-masing satu.
13 orang berkata:
Kelantan paling terkesan. Pas akan kalah. Kelantan akan dapat MB baru sama ada Husam atau Mustafa Muhammad. Pas dpt 40 kerusi plastik sahaja.
Pas nak menang mcm mna klu separuh pengundi dah lari ke PKR, dap, bersatu dan Amanah. Budak tadika pun tau dah
Kalau ahli pas cakap kita kena semak banyak kali sebelum percaya.
Pas kuat?
Kuat kat mana?
Kat huruf P ker kat huruf S?
Kat huruf A.
Tak caya?
Cuba tukar A jadi I. Ia akan bunyi PIS.
Cuba tukar A jadi U. Ia akan bunyi PUS.
Jadi kekuatan pas adalah pada huruf A.
Ya A... kekuatan Agama.
Puak2 anak haram luar nikah ni mana reti hukum2 ukhrawi. Klu tahu hukum ukhrawi, gi masjid dengar kuliah dan tazkirah x kan terkeluar maki hamun kt Ulamak.. Sama ngan tok pekong dia si husam, sikafir Lim pujaan hatinya, sikhalid bebal ikon dia, si mat sabu baghal ketua dia ,Si Nurul janda meletup idaman dia... Ptuii
Kita tak maki ulamak. Kita maki ahli dan bapak ayatolollah dol al-tehrani.
Ente hukum ukhrawi boleh tahan tinggi. Hukum fitnah lagi tinggi. Maklumlah anak haram syiah.
Dalam 2 kenyataan terakhir, dua2 pun fitnah. Astaghfirullah!
Mudah2an Allah ampunkan dia sebelum dia mati.
Kalau pas menang di kelantan lagi, saya akan potongan saya..
Kalau sokong bersatu maknanya betullah fitnah tun yg anuar meliwat???..
Post a Comment