Tun M harus jumpa Hadi jika serius mahu kerjasama
KOTA BHARU - Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad, seharusnya
berjumpa sendiri dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 2
Februari ini, jika benar parti itu serius mahu jalinkan kerjasama
politik dengan Pas.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara
Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, apabila Bersatu hanya
diwakili oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir,
persepsi yang timbul ialah Bersatu tidak benar-benar serius untuk
kerjasama tersebut.
“Dalam ucapannya di Hotel De Palma Ampang pada 21 Januari lalu,
Mahathir menyatakan kesal kerana Pas menghantar pemimpin bawahan seperti
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali dalam rundingan
kerjasama politik dengan mereka menyebabkan persetujuan tidak dapat
dicapai.
“Pelik jika Mahathir tidak tahu bahawa Presiden dan Timbalan Presiden
Bersatu sendiri tidak mempunyai kuasa untuk buat keputusan berbanding
dirinya sendiri selaku Pengerusi Bersatu, tetapi bila beliau sendiri
tidak turun berunding tentulah tidak wajar Presiden Pas untuk turun
sama,” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Kamarul Zaman diminta mengulas kenyataan Mahathir selepas
berlangsungnya mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di
Putrajaya semalam bahawa kerjasama Bersatu dan Pas akan dimuktamadkan
dalam satu rundingan antara pemimpin kedua-dua parti politik tersebut
pada 2 Februari depan.
Menurutnya, perlembagaan Bersatu memperuntukkan dengan jelas kuasa luas
Mahathir selaku Pengerusi di mana badan eksekutif tertinggi Bersatu
ialah MPT dan pemimpin yang berkuasa memanggil dan mempengerusikan
mesyuaratnya ialah Pengerusi Bersatu.
Ulas Kamarul Zaman lagi, di bawah MPT tersebut barulah wujudnya Majlis
Presiden (MP) selaku badan eksekutif yang diberi peranan membantu MPT
melaksanakan semua tanggungjawabnya dan melaporkan kepada MPT mengenai
hal ehwal pengurusan dan pentadbiran parti, di mana MP itu diketuai oleh
Presiden Bersatu.
“Berdasarkan kepada kandungan Perlembagaan Bersatu maka jelas bahawa
kuasa sebenar (de facto power) dalam parti itu dipunyai oleh Mahathir
selaku Pengerusi Parti bukannya oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku
Presiden Parti.
“Walaupun yang terlibat dalam rundingan kerjasama politik Bersatu dan
Pas ialah Presiden dan Timbalan Presiden Bersatu, yang berkuasa membuat
keputusan mengenainya ialah MPT yang diketuai oleh Mahathir,” katanya.
Kamarul yang juga Felo Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM)
turut berkata, kuasa luas Mahathir disebut jelas dalam perlembagaannya,
di mana beliau diberi tanggungjawab penuh untuk menjamin kelicinan
keseluruhan perjalanan pentadbiran dan dasar parti selain kuasa
mempersetujui lantikan pemimpin yang dibuat oleh Presiden Bersatu.
“Pemimpin Bersatu yang terlibat dalam rundingan dengan Pas sebelum ini
tidak berkuasa buat keputusan mengenainya dan jika Mahathir mahu
rundingan diselesaikan dengan cepat beliau sendiri sepatutnya turun
berjumpa pemimpin Pas seperti beliau berjumpa pemimpin DAP,” katanya.
16 orang berkata:
Aku ahli bersatu dan aku TIDAK SETUJU tun M jumpa hadi. Ini semua cuma nak selamatkan kelantan pas.
Tolonglah tun. Kita cuma nak tengok kelantan pas tumbang. Kita nak kerajaan baru yg boleh majukan negeri kita. Dah tak boleh tahan duduk kelantan yg mundur dan terpaksa cari rezeki di negeri dap. Tolong la tun....
Mengarut. Fitnah. Kelentong
Copy paste cakap untee.
Jangan tenberang. Siapakah ahli bersatu yg ramai tu? Bak bagi senarai biar aku check dia orang tu ahli bersatu atau bukan.
AKU PUN BOLEH CAKAP "RAMAI AHLI PAS MAHU TGHA LETAK JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN PAS"....
WTF!!!
Lagi ramai yang minta pas kalah di kelantan pada pru14!!
Yg paling aku takut ialah lebai dol mintak jawatan PM sebagai syarat kerjasama itu.
Kemungkinan itu tidak mustahil
Boleh ke buat masjid utk beribadah dan bangunan untuk niaga serta pentadbiran parti di atas tanah org kafir tanpa kebenaran??
Kenapa tak buat atas tanah kubor? Kan senang....
Kalau ikut dalil dalam hukum WALHARAMMU WALHALALKU memang dibolehkan. Sebab dalil itu bersumbarkan hukum UNTEE HALALAN TOYYIBAN.
Main pacak aje dulu. Dah siap baru runding dan beli. Tak ada pitih ambik duit tabung.
Senang sangat kerja mcm tu.
Bole buat selalu la
Org selalu guna nama agama dan masjid untuk halalkan benda yg tak halal. Agama dan masjid juga digunakan utk betulkan benda yg tak betul.
Sbb tu parti tu wajib ditukar supaya perkara yg sama tidak berlaku.
Batang buluh, pangkal dia luruss sangat tapi hujung dia bengkang-bengkok....tebang aje!
Sila undi umno atau undi ph. Jangan undi untee
Kuat pak karam kelentong yek. Heeee
Orang buat tugu ko pun nak buat tugu. Apa punya banganggg
Kalu kek tompek den kualo pilah, dah koko roboh dah tu. Salah hemat kono samah laie juto2.
Tugu sebijik tu same dgn 10 rumah mangse banjir woii
Apa??
Lagi mau jumpa
Hadi banyak busarrr ka??
Mau kasi sembah dia punya kaki ka??
Tun tak perlu jumpa hadi kalu pas hanya nak tunjuk hadi tu power lebih. Kena ingat, hadi tu cuma pemimpin pas aje, bukan pemimpin umat islam pun. Kena tanam dalam hati dalam2.
Post a Comment