Ambil perhatian orang Cina bina kekuatan bersama
MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu mengambil
perhatian masyarakat Cina untuk membina kekuatan bersama dengan semua
warganegara termasuk kaum-kaum lain dalam membawa Malaysia menjadi lebih
maju dan makmur.
Beliau berkata, keharmonian dan keberuntungan merupakan aspek kehidupan
yang begitu diambil perhatian masyarakat Cina dan hakikatnya ia adalah
fitrah keinsanan yang ada pada semua makhluk ciptaan Tuhan Pencipta Alam
ini.
Menurutnya, Islam sebagai agama yang diredhaiNya telah lengkap sempurna
dalam memenuhi keperluan tersebut serta menunjukkan panduan kehidupan
di atas muka bumi.
"Jika diikuti, pasti terwujudnya hubungan, kasih sayang, keprihatinan,
saling membantu, kebertanggungjawaban iaitu keselamatan dan
kesejahteraan di dunia juga di akhirat," katanya dalam perutusan Tahun
Baharu Cina 2017.
Tahun Baharu Cina disambut pada hari ini.
Beliau berkata, Islam telah menetapkan asas bahawa semua manusia di
atas muka bumi ini sejak penciptaannya dari dahulu, sekarang dan hingga
kiamat, merupakan satu keluarga walaupun berbagai bangsa, kaum,
keturunan, warna kulit, bahasa dan agama.
"Ia disebut dalam kitab agung untuk manusia akhir zaman iaitu al-Quran:
Wahai manusia, Kami jadikan kamu asalnya daripada (seorang ayah dan
ibu) (Adam dan Hawa), kemudian dilahirkan berbagai-bagai bangsa dan
kaum, supaya kamu saling berkenalan antara satu sama lain.” (Al-Hujurat:
13)," katanya.
Dalam konteks kita di Malaysia, beliau berkata, masing-masing kaum yang
ada; Cina, India, Iban, Dayak, Kadazan, Siam, Orang Asal, Melayu dan
lain-lain tidak boleh hidup bersendirian.
Menurutnya, mesti hidup saling berhubungan antara satu sama lain kerana
realitinya juga, setiap bangsa hidup dengan kecenderungan sosio ekonomi
tersendiri dan berbeza antara satu sama lain.
"Kesatuan dari kepelbagaian inilah yang perlu diperkukuhkan kita yang
pelbagai bangsa di negara ini agar dengannya terbina kekuatan di mana ia
boleh mengawal kita dari aspek-aspek yang menjejaskan kehidupan.
"Aspek-aspek yang menjejaskan kehidupan seperti penyelewengan,
penindasan dan kezaliman. Sebaliknya, diangkat kecintaan, kejujuran,
kesetiaan dan segala nilai-nilai sistem hidup yang lebih baik lagi
membahagiakan.
"Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat negara ini
khususnya kaum Tionghua dan mudah-mudahan terbina kekuatan kesatuan kita
untuk membawa Malaysia yang lebih maju dan makmur," katanya
10 orang berkata:
Hahaha.....
Boleh pulak buat ucapan
Ingatkan tak boleh...
"BARU" LA BODOO..BUKAN "BALU"
Lagi nak hina kaum lain ke?
Sapa miking mangunan atat wa punya tanaah? Hayaaa manyakk langsi
Lizap kobo muat kubo
Lizap jalan muat jalan
Lizap misijid muat misijid
Lizap kubu muat kubu
Jangan main hantam maa
Baju melah manyak cantikk maaa...
Lim kit siang ale latang kasi ka?
Silamat balun balu...ini kincin punya orang
Menyampah betul tengok muka lebai nih..
Angpow tak ada ke haji??
Mu gi le tengok muka tok pekong cina
bangang punya komen
Post a Comment