Tun M didakwa masuk perangkap DAP
SHAH ALAM - Sikap DAP yang anti pemerintahan Islam dilihat sebagai
faktor yang mensabotaj usaha kerjasama antara Pas dan Bersatu.
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, apatah
lagi Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad kini didakw telah masuk
ke perangkap DAP.
“Sikap DAP dan pihak-pihak lain termasuk MCA dan Gerakan yang anti
sistem pemerintahan Islam dianjurkan Pas, akan hanya membantutkan ruang
untuk bekerjasama ke arah menyelamatkan negara.
Perkara inilah yang
mensabotaj usaha untuk menjalin hubungan antara Pas dan Bersatu.
“Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) berusaha mewujudkan
jalinan tersebut, Mahathir pula terus masuk ke perangkap DAP yang
beliau sebut sebelum ini sebagai golongan cauvinis dan anti Islam.
“Usaha mendaulatkan Islam sebagai penyelesai sebenar kemelut dihadapi
negara termasuk krisis integriti, tidak mungkin digembleng sekiranya DAP
terlibat sama,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Mahathir mendakwa ada beberapa pimpinan Pas mensabotaj
rundingan antara parti itu dan Bersatu, termasuk Mohd Zuhdi.
Menurut Mohd Zuhdi, Pas bagaimanapun sedia memaafkan sesiapa sahaja
termasuk Mahathir walaupun parti itu ditekan ketika pemerintahan bekas
perdana menteri itu.
“Perisytiharan darurat Kelantan, tragedi Memali, penentangan Kanun
Jenayah Syariah 2 Kelantan, pemansuhan royalti petroleum Terengganu dan
pemansuhan geran sekolah agama rakyat adalah antara tindak tanduk
Mahathir untuk menekan Pas.
“Bagaimanapun, pimpinan dan ahli Pas diyakini sedia memaafkan sesiapa
sahaja yang bersedia membetulkan kesilapannya, dan membela semula mereka
yang dizalimi oleh tindak tanduk tersebut,” katanya.
12 orang berkata:
Ana pun ada cagu jugak. Oppss sorri. Ana pun ada ragu jugak. Tolak je madey tu. Kita tukar je pas kelantan kali ni. Biar bungkus je terus.
Kita adalah kumpulan pembangkang kelas ketiga PIGS. Kita kena istikoma dgn kumpulan PIGS.
Duit jual tanah:
SATU untuk ente, empat untuk ana. Itu baru la adil
Sikap Hadi meragukan;
Tiba tiba sepentas dgn najib utk kempen ntah apa-apa ntah. pakaian sedondon pulak tu.
Najib diserang dgn skandal rasuah dan macam-macam tapi Hadi nak jadi penasihat PM.
lebong punya lebong, lastly terbongeng rupa-rupanya dapat upah RM90 juta.
HAHAHA.. ulama cinta dunia rupa-rupanya
Aku ragu2 kenapa dia gi jumpa imam ayotolola Ali di Iran. Rupanya dia suka parti syiah sbb serban dia lgi besar dan berat
Anak haram hampas
Pas Melepas Negara Sejahtera
TUGU PERINGATAN BANJIR lambang kehebatan pas??
WTF!!
Lebai dedak bangsat 90juta..hubbun duniya
Madey buat putrajaya
Hadi buat apa?
Malaysia bakal jadi Chinasia
Post a Comment