DULU SEMASA PAKATAN RAKYAT TERJADI JUGA
CERITA DI BALAKANG TABIR TAPI
AKHIRNYA TERBARAI JUGA
CERITA BUSUK LAPAR
JAWATAN
-Pak Karamu-
Kerjasama Pas, Bersatu makin sukar dicapai
SHAH ALAM - Pusat Penyelidikan Pas (PPP) melihat hubungan kerjasama
antara Pas dan Bersatu semakin sukar dicapai berikutan desas-desus
terbaru.
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata
demikian, bagi merujuk kepada desas-desus akan ada perjanjian antara
Bersatu dan DAP untuk menyerahkan jawatan timbalan perdana menteri dan
menteri kewangan kepada DAP.
“Sekiranya benar, Pas diyakini bertindak tegas tidak lagi mewujudkan hubungan kerjasama dengan Bersatu.
“Perkembangan terbaru ini, sememangnya mengejutkan dan PPP yakin ia
akan merencatkan sama sekali siri pertemuan antara Pas dan Bersatu untuk
menjalin hubungan kerjasama.
“Buat masa ini, Pas sama ada melalui Majlis Syura Ulamak dan
Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, belum membuat apa-apa keputusan untuk
bekerjasama dengan Bersatu. Yang ada ketika ini, hanyalah siri-siri
pertemuan dan program bersama untuk menerokai dan menjalin hubungan
tersebut,” katanya, semalam.
Menurutnya, dengan perkembangan terbaru itu, PPP yakin akan menutup terus ruang kerjasama antara Pas dan Bersatu.
“PPP juga yakin seluruh pimpinan dan ahli Pas menentang keras sebarang
tawaran ingin diberikan kepada DAP untuk menjawat jawatan utama dalam
kerajaan,” katanya.
Cakap-cakap mengenai adanya pakatan sulit antara Bersatu dan DAP untuk
menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir
dan jawatan timbalan perdana menteri kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang
dinyatakan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim pada
31 Disember tahun lalu.
Mengikut pakatan sulit itu, Kit Siang juga dikatakan akan menjadi menteri kewangan.
Tunku Aziz telah mencabar Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad
dan Kit Siang untuk membuat perakuan bersumpah menafikan tuduhannya.
Kit Siang bagaimanapun, menafikan bahawa DAP meminta jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkang memenangi PRU14.
10 orang berkata:
Politik ialah adunan perkara2 benar, separuh benar, bohong, separuh bohong, sangkaan, jangkaan dan perkara2 diantaranya. Hanya masa dapat menentukan kebenaran.
Tahun 1984: Pas tolak RUU
Pada 10 Okt 1984, menteri ketika itu Datuk Yusuf Noor mencadangkan untuk menambah hukuman kepada pesalah syariah. Ahli parlimen Pas, Nik Aziz menolaknya dengan alasan berikut:
Menaikkan hukuman spt yg dicadangkan bukanlah ikut kehendak hukum islam sebenar dan bukan hukum hudud. Oleh sebab hukuman itu sendiri tidak selari dgn hudud maka TIDAK WAJIB disokong. Hukum itu hanya ciptaan manusia dan tidak menyamai hukum yabg telah ditentukan oleh Allah dlm al-Quran.
Kedimpulannya, tak payahlah sibuk2 nak buat hukum sendiri. Ia tidak lebih spt hukum nenebang balak di hutan simpan. Hukum ciptaan manusia ini pun selalu dilanggar oleh orang politik walaupun tujuannya untuk MEMARTABATKAN ALAM SEKITAR di negeri berkenaan.
Hahaha...tak mungkin tgna sesat sbb tolak ruu syariah pd tahun 1984. Kan kan kan???
Kalau pasal sebar berita angin dan fitnah yg dibuat oleh amno, pas memang No 1. Terbaiklah!!
Ada ke sapa2 yg nak sokong lebai hadi jadi TPM? Heeeeee
Org biasa mcm aku dan rakyat biasa ni, sapa pun jadi pm, tpm, mb , tak ambik pot la. Satu sen pun tak untung dan satu sen pun tak rugi.
Cuma, aku dan rakyat biasa tak nak hadi jadi pm, tpm atau mb sbb takut hutan licin. Takut kena bah dan air sungai keruh...
Kalau hukum dalam Quran atau hudud dah jelas, mengapa manusia nak buat hukum sendiri? Adakah manusia tu lebih bijak dro Allah??
Dalam Quran dan hadis pun dah ada hukum yg melarang kita mentakfir dan mengkafirkan org lain. Tapi ramai yg langgar terutamanya org yg mengaku ulama sendiri. Macamlah hukum tu tak kena kat batang hidung sendiri......
Dlm Quran dan hadis dah ada hukum melarang kita sebarkan khabar angin dan fitnah. Tapi ramai yg masih buat terutamanya mereka yg menggelar diri mereka ulamak. Kenapa agaknya mereka tak mahu ikut hukum yg Allah dah tetapkan tu yer?? Adakah sebab nereka rasa mereka sudah terpilih masuk syurga dan orang lain masuk neraka??
Sbb ulamak tu ada satu pegangan. Walharammu, walhalalku.
Sesuailah dengan kehendak dan strategi yang telahpun dirancang bertahun-tahun bagi memastikan PAS akan bersama Umno. Janganlah bermuka-muka dengan pelbagai alasan bagi mengaburi mata-mata ahli-ahli yang wala'.
Post a Comment