'Kami akan beri sokongan semaksimum mungkin'
MARANG – Lebih 2,000 ahli Pemuda Pas Kawasan Marang di sini, sedia
untuk menyertai Himpunan 355 yang bakal diadakan di Dataran Merdeka,
Kuala Lumpur pada 18 Februari ini.
Ketua Penerangan Pemuda Pas Kawasan Marang, Mohd Aswadi Mohamad
berkata, sokongan terhadap Pindaan Rang Undang-undang (RUU) 355 yang
dibawakan Ahli Parlimen kawasan itu penting demi mengangkat martabat
undang-undang syariah di Malaysia.
“Kita akan memberikan sokongan semaksimum yang boleh untuk menyertai
Himpunan 355. Sebab itu, kita sasar lebih 2,000 Pemuda Pas dari kawasan
Marang akan menyertai himpunan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian,
hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Umno akan sertai Himpunan RUU 355 jika dijemput]
Mohd Aswadi berkata, Pemuda Pas Kawasan Marang juga baharu selesai
menjayakan program Himpunan 1K Anak Muda Marang (H1KAM) di Rhu Muda di
sini pada Jumaat malam dan berjaya menghimpunkan seramai lebih 2,000
ahli.
“Pemuda Pas terlibat sempena H1KAM adalah dari kawasan Marang. Sebab
itu, kita jangka mereka akan turut memberi sokongan yang sama terhadap
Himpunan 355 malah telah menyatakan kesediaan untuk menyertai himpunan
itu,” katanya.
H1KAM yang diadakan di Rhu Muda dirasmikan Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Himpunan itu yang dijadual diadakan pada 18 Februari ini menimbulkan
pelbagai respons di kalangan parti politik termasuk Umno yang dikatakan
akan membincangkan penyertaan mereka dalam himpunan mega itu.
24 orang berkata:
Yang 2,000 tu ke yang mengundi RRU 355 nanti...bukan 222 ahli parlimen ?
Drp 2000 org tu, sorang je yg akan mengundi. Itu pun kalau tak ponteng la
Budak2 tu dah daftar undi ke blom?
Patutlah berangan nak 40 MP....
Hidup hadi
Takbir
4 mp pun susah rasanya
Lepas dengar ceramah boleh gi candat sotong. Ada musim sotong tak? Klu byk bole buat sotong kering. Harga pun boleh tahan mahal.
Sotong kering campur kangkung campur kuah. Fuh!! Hadi lalu pun tak nampak
Sotong yg perut dia buncit2 tu dalam ada telo. Kasi picit dia punya telo keluar. Masak lemak cili padi. Fuhhhh....nik amar lalu pun tak perasan aku cakap. Kena pulak makan dengan nasi dagang...meletop wa cakao lu. Pru14 datang pun tak nampak
Kena pulak dengan ikang belukang masak asam pedas campur dia punya telo. Makan dgn nasi panas.. pehhhh..nik abduh lalu pun kita buat dono jer la..
Turun lagi sikit boleh beli keropok leko ikang belukang. Fuyoooo rasa memang ngam la. Kalu mat sabu kena sepiring terus je masuk pas balik. Dia punya rangup bhaii...
Berani ke najib ikut?
Perhimpunan haram tu.
Dbkl tak bagi permit.
Betul ker 2 ribu tu? Macam 1200 je
Macam 200 je
bangang pan 2% ni
Walaun biol Parti Ajaran Syiah 1% IQ.
Sokong membawa rebah
400 kerusi bole dapat tu
Sebenarnya dia nak 40 kerusi pelastik jer... sapa2 ada kerusi plastik bagi la kat dia
PAS sangat lain lepas tg.nik aziz tiada
berpuluh tahun saya berjuang memastikan kemenangan nya di tempat saya,sia sia saja,kini sejak bermesra dg umno s..l,bermakna PAS,menerima perbuatan rasuah,munafik,zalim,dan segala sifat iblis yg ada pada umno s..l.patutlah cakapnya dah riak ,bongkak dah pandai menghina,zalimnya pun dah bertambah,ingatlah PAS,ALLAH akan membalas perbuatan kamu ...secara tunai..aminnn ya rabbal alamin.
*Himpunan Akta 355*
*Logik akal jawab logik akal*
Ustaz ..kenapa susah-susah orang islam berhimpun pada 18hb feb ini pasal nak bentang akta 355 sedangkan yang nak bentang adalah ahli parlimen dalam dewan lebih kurang 200 orng itu.Bagilah mereka yang main peranan diparlimen bahas dan sebagainya....org islam duduk rumah ajelah..tak payah keluar berhimpun ..
*Jawab ustaz*...
*Tuan, tuan pernah tengok orang main bola tak di stadium*..
Jawab lelaki itu...pernah
*Tanya ustaz...Berapa orang biasa main...kedua-dua pasukan*..
Jawab lelaki itu ...kalau dua-dua pasukan sekali dgn simpanan lebih kurang 22 pemain...
Tanya ustaz... *kalau begitu bagi mereka jelah main dalam stadium tu..x payah ada penonton lebih kurang 20 ke 30 ribu penonton*...
Jawab lelaki tu...
mana boleh ustz..'.penonton kena datang bagi semangat kepada pasukan'..'penonton kena datang bagi isyarat bahawa mereka ada penyokong yang kuat'..
Jawab ustz... *begitulah perhimpunan pindaan akta 355 nie..umat islam berkumpul adalah memberi isyarat sokongan kepada Tuan Guru Hj Hadi yang akan bentangkan di parlimen dan menampakkan kesatuan umat islam dalm menyokong akta 355 ini..*
Dah 65thn habuk hudud pun tarak. Disuruh bahas ruu355 ketua lebai penunggang agama mtk tangguh 2sampai kali.
Buat perhimpunan keldai2 jual agama terpekik terlolong hasilnya utk maki hamun dan fitnah orang sana sini.
perangai abu jahal kamu ni
Walaun biol Parti Ajaran Syiah mmg ikut perangai abu jahal.
Post a Comment