Pas perlu realistik letak sasaran
SHAH ALAM - Pas perlu realistik dalam merangka pelan tindakan politik
parti bersesuaian dengan situasi semasa termasuk mengambil kira soal
protes senyap di kalangan ahli parti termasuk di kalangan kepimpinan Pas
sedia ada.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Pusat Pengajian
Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, Pas
perlu ada mekanisme kajian ilmiah yang mendalam mengenai persepsi akar
umbi terhadap kepimpinan parti.
Katanya, ini termasuk kajian kumpulan ahli parti yang sayang dasar
perjuangan Pas, tetapi tidak sayang Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang.
“Sasaran Pas hendakkan 40 kerusi Parlimen dimenangi parti itu buat masa
ini tidak realistik. Jadinya usah buai perasaan ahli parti dengan
impian kosong. Sejarah kemenangan Pas pada PRU13 pun tercalar akibat
dilema tukar parti.
“Adalah lebih baik Pas mengambil pendirian berdikari berbanding membuat
‘u-turn’ dengan menyertai Pakatan Harapan, apatah lagi jika Pas
berhajat mahu menggantikan Umno, ia lebih mustahil.
“Untuk PRU 14, Pas mungkin boleh kekal kuasa di Kelantan, tetapi ingin
berkuasa di Kedah dan Terengganu tidak realistik. Pas juga semakin jauh
dari magnet kuasa di Selangor. Kini Amanah dan Bersatu dilihat akan
ganti peranan Pas di Selangor,” katanya.
Md Shukri juga berpendapat Pakatan Harapan tewas banyak kerusi pada PRU
14 akan datang berdasarkan kemelut politik yang melanda pakatan itu
akhir-akhir ini, namun masih mampu raih sokongan pengundi Cina di
kawasan bandar.
“Pakatan Harapan akan bergantung dengan DAP, namun dengan wujudnya
Amanah serta Bersatu, peranan PKR akan hanyut ke tepi. Kini DAP dilihat
lebih cenderung melaburkan modal menggunakan kebolehan Tun Dr Mahathir
untuk cuba memikat hati masyarakat terutama golongan muda bandar,”
katanya.
Selain itu, Md Shukri juga melihat doktrin Pas kini perlu fokus kepada
keperluan untuk bertindak tegas dengan menolak kerjasama dengan golongan
pemberontak dalam Pas yang dilihat pro-DAP termasuk menerusi platform
Amanah.
Malah, katanya, jika Pas memilih untuk kekal bersama Pakatan Harapan
dalam blok pembangkang pada PRU 14 akan datang, pendekatan itu dilihat
lebih memudaratkan maruah Pas sendiri.
“Secara aplikasi dan logik politik, kerusi Pas jika bersama Pakatan
Harapan akan menyusut kerana perlu berkongsi dengan Amanah dan juga
Bersatu,” katan
3 orang berkata:
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Apalah mamat ni..Tak faham2 jugak.
Dia maksudkan 40 kerusi tu kerusi plastik la. Tak kan la 40 kerusi plastik tak boleh dapat. Kompom boleh dapat punya...
Kesian pulak aku. Kat surau tempat aku ada 40 kerusi kayu budak tadika. Kalu pas nak, ambik la. Free aje.
Post a Comment