SULTAN SELANGOR MENGGANTUNG GELARAN "DATUK" KPD CHAN KONG CHOY!
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menggantung gelaran "Datuk" kepada Tan Sri Chan Kong Choy sementara menunggu keputusan kes mahkamah yang dihadapinya berhubung kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Istana Selangor juga membatalkan anugerah Datuk kepada bekas pengerusi eksekutif Ekran Bhd, Tan Sri Dr Ting Pek Khiing, yang diisytiharkan muflis olah Jabatan Insolvensi pada 29 Oktober tahun lalu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Khusrin Munawi berkata tuduhan yang dihadap Chan adalah serius kerana membabitkan kepentingan negara dan awam.
Anugerah Datuk kepada Chan akan dibatalkan sekiranya dia didapati bersalah, tetapi akan dikekalkan jika didapati tidak bersalah.

GT berpendapat ianya adalah satu amalan yang baik demi untuk mengelakkan tercemarnya imej institusi raja-raja Melayu. Penganugerahan darjah kebesaran yang diberikan adalah simbol penghargaan dan pengiktirafan keatas umbangan mereka kepada masyarakat. Sebarang pengkhianatan atau salahlaku, maka wajarlah anugerah itu ditarik balik.
Semoga ini menjadi contoh tauladan kepada penerima-penerima anugerah dari Tuanku Sultan Selangor.
0 orang berkata:
Post a Comment