Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APABILA ADA PILIHANRAYA MAKA RAMAILAH KELUAR PARTI

3,226 ahli PKR Cabang Bayan Baru keluar PKR.

"Dalam masa sama, Nyanasegaran bersama dengan rakan-rakan seperjuangannya telah menyerahkan borang isytihar keluar PKR itu secara peribadi kepada Najib".

Terus terang aku katakan sebagai Setiausaha PKR di JDM3 dan N10 aku tak pernah tengok lagi akan ujudnya borang Istihar keluar parti seperti yang Nyanasegaran serahkan kepada Najib itu..

Nampaknya Najib diperbodohkan lagi kali ini..


Sesi serah borang

GEORGETOWN - Seramai 3,226 ahli PKR Cabang Bayan Baru di sini, semalam, mengisytiharkan keluar parti.

Pengerusi, Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang, M Nyanasegaran berkata, keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama PKR kerana hilang kepercayaan dan kecewa terhadap parti itu.

“Saya ahli parti Keadilan Cabang Bayan Baru dengan nombor keahlian P12000026 dengan ini mengisytiharkan keluar daripada PKR dengan serta merta.


“Saya mengambil tindakan bersama penyokong dan rakan seperjuangan lain kerana telah hilang kepercayaan kepimpinan dan juga perjuangan PKR.

“Bukan sahaja saya akan meninggalkan parti tetapi rakan dan penyokong saya turut meninggalkan PKR secara bersama mulai hari ini (semalam) dengan serta merta,” katanya sebelum ucapan perasmian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Karnival Kebudayaan Satu Malaysia Pulau Pinang, Penang International Sports Arena (PISA) di sini, semalam.

Dalam masa sama, Nyanasegaran bersama dengan rakan-rakan seperjuangannya telah menyerahkan borang isytihar keluar PKR itu secara peribadi kepada Najib.

Beliau sendiri telah menyerahkan sebanyak 436 borang keluar parti bagi pihak ahli Cabang Bayan Baru.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan kumpulan itu, Najib dalam ucapannya berkata, rakyat Malaysia telah cerdik dan terpelajar.

“Mereka mungkin boleh ditipu sekali, dua kali tetapi bukan selama-lamanya,” katanya.

Najib berkata berdasarkan pilihan raya kecil yang dimenangi BN sebelum ini, menunjukkan kaum India telah kembali menyokong Barisan Nasional (BN).

“Saya harap kaum India di Pulau Pinang ikut trend nasional dan kembali ke pangkuan BN,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.