Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APAKAH KERANA TAKUT MEREKA BUNUH DIRI ? ATAU .......

Usah ambil tindakan melulu


KUALA TERENGGANU – Seramai 62 pegawai kastam yang didakwa terlibat dalam siasatan kes berhubung aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain dinasihati agar tidak mengambil tindakan melulu, sebaliknya memberi kerja sama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melakukan tugas mereka.

Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf berkata, pihaknya juga sudah mengarahkan Pengarah Kastam berkaitan agar memberi nasihat kepada pegawai yang terbabit di dalam siasatan agar tidak mengambil tindakan sendiri.

“Kita tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai kita yang terlibat dalam kes ini dan pada masa sama, segala tindakan yang kita lakukan ini tidak akan mengganggu siasatan yang dilakukan pihak SPRM.

“Kita yakin terhadap intergriti SPRM dalam melakukan siasatan berhubung sebarang kes rasuah dan kita akan memberi kerja sama sepenuhnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung insiden yang berlaku kepada salah seorang pegawai kastam yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat SPRM, Jalan Cochrane pagi kelmarin pada sidang media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di sini, malam semalam.

Mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai penolong pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Sementara itu ketika dihubungi di SHAH ALAM, Mohamed Khalid Yusuf meminta semua pihak jangan membuat sebarang spekulasi berhubung kematian seorang pegawainya pagi semalam.

“Jangan buat spekulasi... Hormati orang yang meninggal dan keluarganya. Warga Kastam seluruh Malaysia bersedih dan bersimpati atas kematian pegawai berkenaan,” katanya.

Khalid berkata, pihaknya bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) sedang menguruskan hal-hal kebajikan untuk membantu meringankan beban keluarga mangsa.

Beliau berkata, seluruh anggota Kastam amat sedih dengan apa yang berlaku dan berharap keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.