KAMU DILUAR SANA JANGAN INGAT MELAYU AKAN BERSATU, SIKAP KAMU YANG MENGGUNAKAN POLIS MENYEBABKAN HATI TERHIRIS ATAS PERBUATAN DISKRIMINASI
Tindakan polis yang mahu melakukan imbasan keselamatan (scan) ke atas beberapa ADUN Pakatan Rakyat sebelum dibenarkan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula hari ini, menyerlahkan diskriminasi pihak berkuasa terhadap ADUN Pakatan Rakyat, lapor TV Selangor.
ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, beberapa anggota polis bertegas mahu melakukan imbasan keselamatan itu ke atas dirinya dan beberapa ADUN Pakatan lain.
“Saya sendiri nak masuk dalam Dewan Undangan Negeri tadi ditahan oleh tiga orang polis dan mereka nak scan kami, dia nak pasang alat itu dan saya tanya ini arahan siapa? Dia diam sahaja.
“Saya berjumpa dengan seorang pegawai SUK, saya tanya siapa yang arah polis duduk di sini dan imbas kami? Dia jawab kami tiada arahan. Maka saya tanya polis, ini arahan siapa?
"Saya nak menunjukkan bahawa kehadiran polis dekat pintu masuk dewan juga ada, di luar dewan lagi ramai. Ada trak polis, bas polis, kereta polis,motor polis," kata Nizar pada satu sidang media, di Ipoh, hari ini.
Walaupun sidang DUN kali ini tidak dikawal ketat seperti sebelumnya, namun kehadiran anggota polis di dalam dan luar bangunan Perak Darul Ridzuan dilihat mencemarkan kemuliaan Dewan.
Pada hari ini kira-kira 100 anggota polis berkawal di sekitar bangunan Perak Darul Ridzuan.
Malah pengamal media juga tidak dibiarkan bebas menjalankan tugas mereka sebaliknya 'dikurung' dalam peti kaca.
“Inilah di antara ketidakyakinan mereka kepada persidangan itu sendiri walhal ini adalah titah Tuanku itu sendiri jadi biarlah media masuk. Jadi ini sepatutnya tidak berlaku," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment