Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA MEREKA TAK BOLEH HARAP MAKA NEGARA AKAN JADI HANCUR

KOTA SAMARAHAN - Barisan Nasional (BN) masih gerun dan takut kepada Pakatan Rakyat walaupun mereka telah menyempitkan demokrasi dan ruang bersuara dengan begitu terhad.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata negara Malaysia tidak mengamalkan demokrasi berparlimen sebenarnya kerana tidak membenarkan parti-parti politik menggunakan saluran media.

"Walaupun negara kita namanya negara demokrasi berparlimen tetapi seolah-olah tidak ada demopkrasi, kalu betul-betul demokrasi kita tak bercakap disini pada jam 7 petang, kita ada saluran TV sebagaimana mereka boleh guna,"ujarnya dalam satu siri kempen bersama penduduk di daerah mengundi Merdang, disini Selasa 12 April.

(Gambar - Ustaz Azman (berbaju jingga) bersama calon PAS Muara Tuang turun berkempen di Kampung Sebayor. Turut sama adalah Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat - berbaju belang)

Katanya walaupun Pakatan Rakyat menguasai beberapa buah kerajaan negeri di Semenanjung, tetapi kerajaan BN yang menguasai pusat, tidak memberikan ruang dalam media elektronik, radio dan TV walaupun seminit.

Menurutnya, punca BN menutup ruang demokrasi kerana mereka telah melakukan pelbagai kesilapan dan penyelewengan.

"Antara punca mereka tutup (ruang demokrasi) kerana mereka melakukan kesilapan (dan penyelewengan) sebab itu mereka (BN) tidak membenarkan kita bercakap dalam media massa,"jelasnya.

Namun begitu, menurutnya, dengan demokrasi terhad itu pun, BN merasa bimbang dan Pakatan Rakyat dapat melumpuhkan kekuatan BN.

Dalam pada itu, Ustaz Azman berkata kerajaan BN menipu masyarakat untuk mendapatkan kewangan dengan cara menaikkan harga barang dan mengarahkan polis serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyaman rakyat.

Menurutnya polis dan JPJ bukan digunakan oleh kerajaan BN untuk menjaga keselamatan, tetapi untuk mencari pendapatan kepada kerajaan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.