Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kempen calon pas disambut meriah

PERMULAAN YANG SANGAT BAIK, KEMPEN CALON PAS KAK NORAINI DISAMBUT MERIAH !

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/kempenkgsebayor.jpg
KOTA SAMARAHAN - Dalam kesibukkan kempen hari ketujuh pilihanraya negeri Sarawak, kehadiran calon PAS DUN Muara Tuang Noraini Hamzah (Kak Ani) ke Kampung Sebayor, disini, disambut meriah.

Program ziarah penduduk dari rumah ke rumah yang diatur oleh kontingen PAS Terengganu, diselang-seli dengan nyanyian dan laungan slogan dari anak-anak kecil, seolah-olah satu pasukan sorak.

"Pusing-pusing jalan-jalan, dulu dacing sekatrang bulan!,"jerit anak-anak dengan gembira kerana ia adalah pengalaman yang baru kepada mereka.

Itulah fenomena di banyak tempat dalam DUN Muara Tuang, kerana mereka baru berkenalan dengan PAS yang kekadang dipanggil bola ping pong, telur atau bendera jepun, selain nama 'glamour' parti bulan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/kempenkgsebayor1.jpgPAS bertanding kali pertama di DUN terbabit setelah 48 tahun Sarawak merdeka melalui persekutuan Malaysia pada 1963.

Teras penyokong Pakatan Rakyat di Kampung Sebayor adalah Pak Ghali yang sebelum ini banyak membantu calon PKR yang bertanding di situ.

Ketika ditemui, Pak Ghali sedang memasang bendera 'Jepun' berwarna hijau dengan galah buluh panjang.

Katanya, beliau dan para penyokong sudah berhari-hari, menunggu-nunggu kedatangan Kak Ani ke kampung Sebayor.

"Saya memang tunggu dah beberapa hari, calon datng ke sini, orang ramai pun sudah tanya saya, bila calon ajan datang,

"saya kata mungkin dia sibuk ke kawasan lain yang ada pengundi lebih ramai lebih dulu,"kata bekas askar dan juga pesara Jabatan Pelajaran Sarawak itu.

Menurutnya, dalam rumah beliau, mempunyai sembilan orang pengundi yang akan mengundi Kak Ani.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.