Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KITA TAK PEDULI SIAPA MEREKA, JALANKAN TUGAS

Friday, April 1, 2011

Video Lucah : Apakah ketulenannya dipersoalkan?

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pakar-pakar tempatan telah mengesahkan bahawa rakaman video seks, yang didedahkan oleh “Datuk T” awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Tulen.. satu ayat yang mampu membuatkan pakcik makcik yang berada di kampung-kampung dan felda mula terlupa bahawa Anwar telah menafikan bahawa bukan beliau didalam Video itu..

Apa yang kita persoalkan sebenarnya berkenaan Video lucah ini? Adakah ketulenannya atau kelibat lelaki yang didakwa sebagai pemimpin utama pembangkang itu adalah benar Anwar ?


Samada ianya tulen atau tidak, kenapa hingga kini tiada tindakan undang-undang diambil selain dari dipanggil untuk disoal siasat, terhadap ‘Three Stooges’ yang bertindak menyiarkan Video Lucah itu kepada beberapa wakil media?

Jika di Georgetown, Pulau Pinang seorang lelaki semalam telah mengaku bersalah kerana memiliki DVD dan VCD lucah dan telah didenda RM1,000 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.- sepenuhnya di SINI. Lelaki tersebut juga telah digari ketika dibawa ke mahkamah.

Mengapa ketiga-tiga ‘Three Stooges’ itu tidak mendapat layanan seperti lelaki itu???


IGP: Video seks didedah ‘Datuk T’ tulen
KUALA LUMPUR, 1 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pakar-pakar tempatan telah mengesahkan bahawa rakaman video seks, yang didedahkan oleh “Datuk T” awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti ahli politik yang didakwa terlibat dalam adegan seks dalam rakaman video seks itu.

Ismail berkata ia adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes tersebut dan kertas siasatan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Pada 23 Mac lalu, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku bahawa beliaulah yang mempertontonkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara.

Shazryl juga mendedahkan bahawa gelaran ‘‘Datuk T’’ merujuk kepada tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks itu, yang sebenarnya bermakna ‘‘trio’’ iaitu beliau sendiri, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Polis telah menubuhkan satu pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Siasatan itu dibuat ekoran laporan polis oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.