Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MALAYSIAKINI DAN SARAWAK REPORT DISERANG

INILAH DIA DEMOKRASI SEBENAR DI NEGARA INI

KUALA LUMPUR, : Kerana bimbangkan pengaruhnya yang semakin berkembang, laman web Sarawak Report (SR) dan Malaysiakini diserang oleh pihak-pihak tertentu dan tidak boleh dilawati.

Sarawak Report mula diserang empat hari lepas manakala Malaysiakini tidak boleh dilawati langsung mulai semalam.


SR sejak dari penubuhannya menumpukan serangan mereka kepada kepimpinan BN Sarawak khasnya Ketua Menteri, Datuk Patinggi Taib Mahmud.

Laporan Malaysiakini bagaimana pengundi Sarawak berebut-rebut Tupperware dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga sangat memalukan Najib dan BN.

Malaysiakini juga telah berjaya memperlihatkan pertembungan antara Najib dengan Taib Mahmud di Sarawak.

Menurut sumber dalaman, kedua-duanya diserang dari luar negeri melalui D-DOS atau denial-of-service. Dalam kenyataannya, Malaysiakini memaklumkan, laman mereka gagal berfungsi kerana di serang penyerang siber. Perkara ini dimaklumkan Malaysiakini jam 5:46 petang semalam dalam laman web sementara mereka.

Melalui serangan ini, kedua-dua laman ini diserang oleh komputer yang menyebabkan terlampau ramai permintaan untuk memasukinya sehingga ia lumpuh.

Namun kedua-duanya sudah mengubah ke laman sementara untuk mempastikan mereka terus boleh memberikan khidmat menjelang pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.

Malaysiakini telah dipindah ke laman sementara mereka iaitu malaysiakinicom.wordpress.com manakala Sarawak Report di http://www1.sarawakreport.org/



0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.