Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUNGKIN MEREKA MAHU BERUBAH

DAP: Suasana SARAWAK  umpama Pulau Pinang sebelum BN tumbang

Suasana Sarawak kini umpama Pulau Pinang sebelum kerajaan Barisan Nasional tumbang pada 8 Mac 2008, kata Liew Chin Tong, ahli parlimen Bukit Bendera merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Raya DAP.  Bagaimanapun, beliau berkata DAP memerlukan sokongan Iban yang melebihi paras 30% untuk memenangi kesemua 15 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Hanya peralihan sokongan Iban kepada DAP akan meningkatkan peluangnya untuk memenangi 15 kerusi yang dipertandingkan, kata Liew Chin Tong ketika mengulas kenyataan SUPP bahawa seandainya DAP memenangi 15 kerusi yang dipertandingkan, maka kesemuanya dalah kawasan majoriti Cina.
"Kami memerlukan sekurang-kurangnya 25% atau 30% undi Iban, barulah kami menaruh harapan untuk mengambil 15 kerusi.  Malah di Sibu, seandainya kami tidak mempunyai lebih daripada 30% undi Iban, kami gagal menang keempat-empat DUN di bawah Sibu," ulas Liew Chin Tong.
Menurut Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang juga calon DUN Bukit Assek, DAP memperolehi sokongan kira-kira 22% daripada pengundi Iban dalam PRK Sibu 2010, maka mereka masih memerlukan 8% untuk memenangi kesemua 15 kerusi.  Ahli parlimen Sibu ini berkata, mereka mendapat sambutan yang agak baik dari kawasan orang asli, jadi tidak menolak kemungkinan bahawa sokongan terhadap DAP akan meningkat.
Sokongan Iban untuk PKR juga meningkat
Seandainya DAP mampu meningkatkan sokongan Iban kepada 30% atau lebih, maka undi kepada PKR berkemungkinan lebih daripada DAP.  "Jikalau DAP mampu mendapat 30% undi Iban, maka DAP bukan hanya menang di kawasan Cina.  Dan kerusi lain BN juga akan tumbang.  Dengan kata lain, penafian dua pertiga atau membentuk kerajaan baru di Sarawak menjadi sesuatu yang mungkin," kata Liew Chin Tong.
Liew (gambar kanan) menambah, tempoh kempen PRN kini memasuki hari keenam, dan suasananya seolah-olah Pulau Pinang sebelum tsunami politik melanda pada 8 Mac 2008.  Pada ketika itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Koh Tsu Koon tidak tahu untuk melantik siapa sebagai penggantinya, dan keadaan inilah yang sedang dihadapi Taib Mahmud sekarang.

Beliau berkata, Taib tidak tahu bagaimana untuk berundur, gagal menentukan penggantinya, malah tidak menentukan masanya walaupun digesa Perdana Menteri.  Jadi, PR perlu menafikan majoriti dua pertiga atau menumbangkan BN, barulah Taib Mahmud boleh berundur dari jawatannya.
Selain itu, ketika ditanya isu Baru Bian sebagai Ketua Menteri seandainya PR menang dalam PRN Sarawak, Wong Ho Leng berkata, rancangan mereka kekal, iaitu Baru Bian tetap calon utama seandainya PR berjaya membentuk kerajaan negeri.  Namun demikian, Baru Bian perlu juga menang di kawasan DUN Ba'kelalan.
"Jikapun kami (DAP) menang 15 kerusi, kita masih memerlukan 21 kerusi lagi.  Jika DAP mendapat 15 kerusi, PKR 15, kami masih memerlukan enam kerusi dari PAS.  Namun kemungkinan ini rendah."  Wong berkata PKR perlu memenangi kerusi yang lebih daripada DAP untuk Baru Bian menjadi Ketua Menteri.  Bagaimanapun, beliau enggan menyebut "mustahil", sekadar berkata, "Kami telah bersedia."
SUPP cuba raih undi simpati
Wong Ho Leng seterusnya berkata, SUPP sendiri mengakui bahawa keadaan mereka semakin meruncing, melalui iklan yang dimainkan.  Wong berkata SUPP kini cuba meraih undi simpati daripada khalayak umum, termasuk menangis ketika berucap.
Wong (gambar kiri) cuba menenangkan orang Cina bahawa hak mereka tidak tergugat, walaupun calon SUPP kecundang.  Beliau mengambil contoh bagaimana negeri Perak yang sebelum ini dimenangi DAP di 18 kawasan Cina.  Akhirnya, tujuh EXCO keturunan Cina dilantik dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat.  Selepas rampasan kuasa berlaku, MCA-BN yang hanya memenangi satu kerusi dijadikan EXCO keturunan Cina yang tunggal dalam kerajaan negeri BN di Perak.  Dasar yang mesra kepada komuniti Cina sebelum ini tidak terjejas, kerana BN sedar bahawa komuniti Cina adalah kingmaker.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.