Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NEGERI SEMBILAN AKAN JATUH KETANGAN PR PADA PRU 13

Selamat Tinggal UMNO - Oleh: orangklawang

"Jelebu – Rabu 20 April 2011 – PAS Kawasan Jelebu bersama dengan Pakatan Rakyat Jelebu telah mengadakan ceramah “Selamat Tinggal UMNO” di rumah En Samsudin Mohamad di Kg Ulu Jelebu. Ceramah diadakan sempena meraikan dan mengalu-alukan keluarnya 2 orang kuat United Malays National Organisation (UMNO) Jelebu dari parti tersebut.

Kedua-dua mereka adalah Tuan Hj Annuar Bin Hashim dan Saudara Mohd Khidir Bin Hj Abdul Kadir. Hj Annuar adalah mantan Pembantu Peribadi kepada Dato’ Yunus Rahmat ADUN Klawang yang juga merupakan EXCO Pertanian NS. Manakala Saudara Mohd Khidir pula adalah mantan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Jelebu yang juga merupakan Pengerusi Gerak Gempur Pemuda BN DUN Klawang.


Hj Annuar Bin Hashim (Mantan Pembantu Peribadi Dato' Yunus Rahmat, EXCO Pertanian NS) menyampaikan ucapan beliau. 35 tahun dalam UMNO akhirnya meninggalkan parti UMNO

Penceramah yang turut hadir pada malam tersebut adalah YB Tuan Hj Mohd Taufek Bin Abdul Ghani (ADUN Paroi / AJK PAS Pusat), Cik Siti Aishah Bte Shaik Ismail (Ketua Srikandi PKR Pusat) dan juga Hj Ibrahim Bin Yusof (Ketua Penerangan KeAdilan NS). Selain dari itu Pengerusi DAP Jelebu En Wong Wee Kiow dan Setiauaha DAP Jelebu En Lai Thin turut hadir bersama.

YB Hj Taufek (ADUN Paroi) menyampaikan ceramah

Tuan Hj Annuar dalam ucapannya telah menyentuh tentang istilah perjuangan yang sebenar. Beliau menyatakan perjuangan adalah untuk orangramai dan bukan untuk kepentingan diri sendiri. Beliau juga menegaskan bahawa beliau menyampah dan rasa malu dengan cara politik fitnah yang diamalkan oleh UMNO. Oleh kerana beliau tidak mahu bersekongkol atau menyokong sebarang bentuk fitnah lagi maka itulah sebabnya beliau keluar dari UMNO. Beliau juga menyatakan sejarah telah membuktikan bahawa keruntuhan dan kejatuhan sesuatu bangsa di dunia adalah disebabkan oleh fitnah. Beliau menyeru kepada semua ahli UMNO agar keluar dari parti UMNO dan selamatkanlah diri dan keuarga dari azab ALLAH dengan tidak bersekongkol pada perbuatan fitnah.

Cik Siti Aishah Bte Shaik Ismail (Ketua Srikandi PKR Pusat)

Sementara YB Hj Taufek pula dalam ceramah beliau telah menyentuh tentang isu FELDA. Bagaimana peneroka Felda terus menerus ditekan dan dihimpit dengan ketidakadilan atas sebab nilai Gred Buah yang rendah yang diberikan oleh Felda. Setiausaha DAP Jelebu Encik Lai Thin telah menyampaikan ucapan dengan menyentuh isu tanah. Beliau menyatakan ketidakadilan bagaimana orang yang telah menorah getah selama 40 tahun memohon tanah tidak diluluskan sebaliknya kroni BN/MCA yang tidak menoreh getah telah dikurniakan tanah getah.

En Lai Thin (Setiausaha DAP Jelebu) memberikan ucapan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.