Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG KAMPUNG BARU DAH NAMPAK ADA YANG TAK KENA

Kg Baru: Pindaan akta baru diprotes hampir siap


KUALA LUMPUR, 11 April – Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2010 yang sedang diperhalusi, ekoran protes pelbagai pihak, hampir siap dan akan dibawa ke perhatian pemilik-pemilik tanah kawasan itu sebelum dibentangkan di Parlimen Jun ini.

Menurut sumber Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, pindaan ke atas rang undang-undang itu kini berada di peringkat akhir dan akan siap tidak lama lagi.

“Rang undang-undang yang baru sudah berada di tahap terakhir, segala pindaan yang dibuat berdasarkan kehendak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili pemilik tanah.

“Kita juga membuat pindaan rang undang-undang ini dengan mendapat persetujuan Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru. Kami buat ikut persetujuan mereka dan apa yang kita pinda adalah klausa yang mendapat tentangan daripada mereka.

“Selepas siap kita akan bawa rang undang-undang yang baru ini kepada pemilik-pemilik tanah Kampung Baru,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2010 dibentang untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat pada 14 Disember lalu bagi membolehkan penubuhan sebuah perbadanan yang bertanggungjawab merancang dan mengawal selia pembangunan Kampung Baru.

Bagaimanapun rang undang-undang itu yang dijadual dikemukakan untuk bacaan kali kedua dan dibahas pada persidangan yang berakhir minggu lalu ditangguh sehingga Jun bagi membolehkan beberapa klausa dalam rang undang-undang itu diperhalusi.

Ketika ditanya mengenai referendum yang akan dijalankan, sumber itu berkata, ia merupakan sebahagian daripada rancangan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk mendapatkan respons pemilik tanah di kawasan itu.

“Ia (referendum) sebahagian daripada rancangan, kita buat satu persatu... rang undang-undang kita akan siapkan dulu kemudian baru kita pergi kepada pungutan suara, kita akan turun ke bawah untuk terangkan kepada pemilik tanah mengenai rang undang-undang baru ini dan apa perubahan yang kita buat.

“Tapi kita fokus kepada rang undang-undang dulu, kita akan buat tapi belum ada keputusan lagi. Kita tunggu menteri dulu,” katanya.

Sebelum ini Raja Nong Chik berkata wakil kementerian akan turun ke setiap kampung untuk menjelaskan mengenai rang undang-undang itu bagi memastikan tidak ada ada lagi kekeliruan mengenainya.

Beliau berkata untuk memberi kepuasan kepada semua pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru, kerajaan memberi jaminan akan mengemukakan referendum kepada mereka dan jika semua pihak bersetuju barulah rang undang-undang itu akan diteruskan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.