Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PASTI ADA MOTIF, WALAU APAPUN YANG TERLIBAT WAJIB DI ADILI

01 April 2011

Siasat dulu Berita Si Fasik- Mufti Perlis

Justeru itu Allah berfirman dalam Al quran, ayat 6, Surah Hujuraat, firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.”
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..

Umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan sesuatu dakwaan terhadap seseorang individu, apatah lagi sekiranya berita itu disampaikan oleh golongan fasik, kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.(gambar)

“Nasihat saya, dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu.

“Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti.” katanya seperti di lapor Malaysiakini.


Katanya, rakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong empat saksi yang adil kerana jenayah bagi kesalahan berzina amat berat.

“(Jadi), kalau ada tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat,” katanya.

Setakat ini, Dr Juanda adalah mufti terawal di Malaysia yang tampil menyatakan pendiriannya berhubung isu video seks palsu yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid dan Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad turut mengikut jejak langkah yang sama.-K/D

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.