Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PECAT SERTA MERTA ? BIASA !!!

KEADILAN pecat 12 ahli berkuat kuasa serta-merta


Jonson Chong

KUALA LUMPUR: Seramai 12 ahli KEADILAN dipecat berkuat kuasa serta-merta kerana berlaku khianat apabila bertanding sebagai calon bebas dan membantu parti lawan pada pilihan raya negeri negeri Sarawak, kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Kwong.
“Jawatankuasa Disiplin KEADILAN mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN untuk memecat 12 individu dan diluluskan berikutan bertanding sebagai calon bebas (sembilan orang) dan secara nyata membantu parti lawan (tiga orang),
“Ia dilakukan demi menjaga nama baik parti. Keputusan ini selaras Fasal 18 Perlembagaan parti .Ia penting untuk mempertahan kepentingan dan imej parti.
“Tindakan bertanding sebagai calon bebas dan membantu parti lawan adalah tindakan khianat kepada perjuangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat,” kata Dr Tan.
Pemecatan itu sudah diluluskan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini dan berkuat kuasa serta merta.
Mereka yang dipecat kerana bertanding sebagai calon bebas ialah Soo Lina, Cobbold anak Lusai, Kiprawi bin Suhaili, George anak Langgong, Michael Jok, Kenneth Adan Silek, Liam Anak Rengga, Michael Ding Tuah, Jok Ding.
Mereka yang dipecat kerana membantu parti lawan pula ialah Paul Kadang anak Dinggat, Jonson Chong, Hasrul Muhaimin Hasbi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.