Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERNAH PERGI SEBERANG NAIK SAMPAN TU KE KG KRISEK

Sayang Sarawak......


Sayang Sarawak sungainya sempit,
Nakhoda kapal bersusah hati,
Hendakku bawa perahu ku sempit,
Hendak kutinggal tak sampai hati......

Itu adalah sebahagian daripada lirik lagu 'Sri Sarawak'......dendangan ntah dah lupa penyanyinya......(kalau ada sesiapa yang tahu penyanyi asalnya boleh kongsi bersama.)

Pernah juga beberapa kali saya ke Sarawak semasa dalam perkhidmatan dahulu......yang sebenarnya Sungai Sarawak tidak sempit.....malah ia luas dan lebar lagi indah......yang 'menyempit'kan adalah pemimpin mereka.....pemimpin mereka menyempitkan minda sebahagian rakyatnya.

Hinggakan sebahagian rakyatnya terlalu 'menyempit'kan diri mereka sehingga terlepas pandang ketika sedang 'river cruising' sepanjang Sungai Sarawak terdapat beberapa 'mahligai'.....walhal sebahagian rakyatnya sendiri hidup dalam ke'dhaif'an.

Inilah politik BN Sarawak yang sentiasa 'menyempit'kan minda rakyat demi kerakusan nafsu politik mereka.

Tajuk posting di atas adalah curahan perasaan betapa terkilannya penulis terhadap rakyat Sarawak yang di'nafi'kan segala infra dan kemudahan asas seperti di 
 
Semenanjung......padahal.....Sarawak telah sekian lamanya bebas merdeka bersama Malaysia dan memiliki segala kekayaan hasil bumi......tetapi sebahagian rakyatnya masih lagi dibelenggu dengan kemiskinan dan kongkongan minda oleh BN.

Inilah masanya Rakya Sarawak buat perubahan......menolak BN serta membebaskan diri daripada kebergayutan kepada BN yang sekian lamanya......hanya rakyat sendiri boleh menceritakan hakikat sebenarnya.....tapi apakan daya mereka masih takut kepada BN.

Kami sayang kamu Rakyat Sarawak......buatlah perubahan.....

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.