Rakyat Sarawak kebanyakkannya merasa terhina dan tertipu oleh pucuk pimpinan parti yang memerintah mereka kerana terlalu banyak perkara yang kami tidak faham mengikut perkembangan kemajuan semasa, terlalu banyak kemajuan yang kani belum rasai sebagaimana yang telah dirasai oleh kawan-kawan kami di Semenanjung
Diantara rakyat kami ramai yang tidak mempunyai bekalan air bersih dan elektrik disamping itu terlalu banyak tanah adat yang bangsa kamik telah tergadai atau telah terlepas kepada para pimpinan kerajaan negeri, kami digula-gulakan dengan berbagai kata sanjungan yang tinggi-tinggi sehingga kami terlupa harga diri kami sebagai penduduk asal
Kami sudah lama merdeka akan tetapi kami hidup dalam keadaan dijajah sepangjang masa kerana kami tidak pernah mendengar tamadun hidup sebagaimana yang telah dirasakan oleh orang lain, kami tahu Sarawak negeri kami yang kaya dengan berbagai sumber akan tetapi kami tidak tahu semua sumber kekayaan negeri kami itu sepatutnya kami dapat rasakan
Apa yang terjadi kepada bangsa kami hanya apa yang kami ushakan sahaja, yang lain itu kami sangkakan hak pemerintah sahaja, tanpa kami dapat rasakan bahawa barang-barang yang kami beli dari bandar itu rupanya kami telah mendatangkan hasil buat kerajaan untuk membangunkan negara ini, kerana itu kami tidak mengambil tahu apa sebenarnya erti pembangunan negeri untuk faedah buat kami
Kami juga mempunyai wakil rakyat akan tetapi mereka juga tidak ada hasrat untuk membangunkan bangsa mereka sendiri, pada hal mereka juga faham bahawa terlalu banyak tanah kami dibeli dengan harga yang sangat murah sedangkan ditanah kami itu banyak hasil hutan dan balak untuk mereka ushakan dan membena kekayaan mereka secara keluarga dan kroni
0 orang berkata:
Post a Comment