Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AAAAAAH ! JANGAN BANYAK CAKAP ! IKUT PERLEMBAGAAN NEGARA !

Pakar: Tidak perlu bimbang jika PM bukan orang Islam

May 08, 2011
KUALA LUMPUR, 8 Mei — Pakar undang-undang Prof Abdul Aziz Bari berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya perdana menteri beragama Islam boleh menerajui kerajaan pusat dan keperluan seperti itu bertentangan dengan undang-undang sedia ada.

“Peruntukan bahawa perdana menteri mesti seorang yang beragama Islam tidak selaras peruntukan di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Aziz (gambar) berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar semalam yang mengatakan perdana menteri wajar beragama Islam.

Kata Zainul Rijal, walaupun ia tiada dalam peruntukan undang-undang mengenai soal agama atau kaum untuk menjadi perdana menteri, namun ia perlu bagi membantu dalam hal ehwal agama Islam.

“Perdana menteri mestilah seorang Muslim, jika tidak dia tidak boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam hal-hal berkaitan agama Islam.

“Bagaimana anda boleh ada bukan Islam menasihati Agong dalam soal-soal mengenai Islam,” katanya.
Menurut Aziz, salah satu cara untuk meminda peruntukan itu adalah dengan memastikan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Justeru kata beliau, perdana menteri tidak seharusnya hanya orang Islam kerana Islam adalah agama rasmi negara dan terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri.

“Jangan kita lupa bahawa negeri-negeri Melayu secara jelas mengatakan: MB (menteri besar) itu — bukan ketua menteri — perlu orang Melayu dan beragama Islam. Peruntukan ini adalah jelas dan setiausaha kerajaan negeri juga perlu orang Melayu dan beragama Islam.

“Islam telah dilindungi dalam peruntukan, jadi tidak perlu bimbang sekiranya perdana menteri bukan orang Islam,” kata Aziz.

Beliau juga menegaskan Perlembagaan juga secara jelas mengatakan Raja-raja Melayu adalah ketua agama Islam bagi negeri masing-masing dan tidak memerlukan nasihat daripada kerajaan negeri.

“Peruntukan sudah jelas mengatakan ketua agama Islam tidak perlu mendengar nasihat kerajaan negeri kerana mereka boleh membuat keputusan sendiri. Sekiranya diperlukan Yang di-Pertuan Agong boleh melindungi Islam, namun keperluan untuk menasihatkan Agong adalah tidak penting.

“Lebih baik jika kita tidak menyebut perkara yang tiada dalam Perlembagaan melainkan ia memerlukan semangat Perlembagaan atau sesuatu perkara lain, Perlembagaan perlu difahami dan bukan untuk menunjuk-nunjuk,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.