Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALA MAK HEBATNYA KRISTIAN NAK HAPUSKAN AGAMA ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN

IAKAH NAK LAWAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ? MACAM CERITA KARTUN JE !

Perkasa buat laporan polis di seluruh negara

May 07, 2011
TUMPAT 7 Mei – Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) hari ini membuat laporan polis di seluruh negara berhubung laporan berita yang mendakwa wujudnya agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, sehingga petang ini sudah 10 laporan polis dibuat bagi meminta pihak berkuasa menyiasat segera laporan itu yang dianggap serius.

“Ini soal sensitiviti dan ia sangat serius dan sebab itu Perkasa membuat laporan polis ini untuk menyiasat segera perkara ini agar tidak berlarutan.

“Jika benar seperti yang dilaporkan, Perkasa begitu kecewa dan khuatir kerana ia membabitkan soal agama yang sangat sensitif,” katanya dipetik Bernama.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut itu.

Di Balai Polis Kota Baru, laporan polis dibuat Timbalan Yang Dipertua Perkasa Kelantan, Mohd Fauzi Muhammad pada pukul 2.30 petang.

Beliau berkata laporan itu meminta polis membuat siasatan kerana jika benar, agenda itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara.

“Perkasa Kelantan memandang serius perkara ini kerana ia telah dipersetujui oleh semua kaum bahawa Islam adalah agama rasmi. Ia tidak harus dibincangkan oleh mana-mana pihak dalam hal ini,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata perkara itu  akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan.

Rais berkata, penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecah-belahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan.

“Saya akan mengutus apa-apa pandangan terus kepada Menteri Dalam Negeri untuk beliau pula melihat perkara ini dari sudut keselamatan negara.

“Kami dari sudut undang-undang siber manakala Menteri Dalam Negeri dari sudut undang-undang keselamatan,” katanya di Kuala Klawang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.