Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AMERIKA PATUT KELUAR DARI AFGHANISTAN

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/amerikserangawam.jpgLajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat, LA DPPP ingin merakamkan ucapan takziah di atas laporan pemergian as-syahid Osama Bin Laden. LA DPPP berpendapat bahawa selagi mana kamu tidak dibuktikan bersalah, maka kamu tidak bersalah (you are not guilty unless you are proven guilty). Osama telah terkorban dalam serangan hendap oleh tentera Amerika Syarikat di Pakistan.

Sehingga hari ini, tiada bukti jelas bahawa gambar yang disiarkan media antarabangsa adalah wajah sebenar beliau, namun rata-rata dunia seolah telah meratapi kematian beliau sebagai pejuang yang memperjuangkan keadilan bagi umat Islam. Namun oleh kerana beliau tidak diadili oleh mahkamah, maka teka-teka siapakah yang menjadi dalang atas segala serangan selama ini tidak terjawap.

[Gambar - tentera Amerika mengembom orang awam mengakibatkan kematian kanak-kanak dan wanita]

LA DPPP secara jelas tidak bersetuju diatas serangan keganasan yang mengorbankan orang awam termasuk kanak-kanak , wanita dan harta awam, namun setakat ini tiada bukti konkrit bahawa ianya dilakukan oleh Osama.

Osama dikenali oleh umat Islam sebagai pejuang yang menentang ketidakadilan dan imperilis barat, kecekalan beliau dalam mengkritik dasar luar Negara barat seperti Amerika dan Eropah jelas dirasai heningnya oleh masyarakat Islam antarabangsa. Musuh utama beliau adalah imperilis barat di ketuai Amerika, dan itulah perjuangannya sehingga ke Akhir perjuangannya, jika benar beliau telah terkorban.

Presiden Obama, telah memaklumkan kepada dunia, bahawa Amerika telah Berjaya menumpaskan Osama dan Al-Qaeda melalui operasinya di Pakistan. Secara dasarnya tujuan dan misi utama Amerika di bumi Asia telah selesai. Oleh itu LA DPPP mendesak agar Amerika Syarikat dan sekutunya supaya dengan segera keluar dari bumi Afghanistan, Pakistan dan seluruh bumi Arab kerana alasan yang diguna pakai mereka sebelum ini ialah untuk menangkap dan menumpaskan Osama dan Al-Qaeda.

Dengan terkorbannya Osama maka misi Amerika di Asia Tengah sepatutnya TAMAT. Oleh yang demikian, tiada lagi hujah dan alasan dangkal Amerika untuk terus berada di rantau umat Islam. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga perlulah mengadakan siding khas bagi mengarahkan dengan kadar segera pengunduran tentera-tentera Amerika dan NATO dari bumi Asia terutamanya Afghanistan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.