Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Indonesia hukum berat nelayan Malaysia melampau, kata Anifah

May 07, 2011

JAKARTA, 7 Mei — Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman melahirkan kekesalan beliau kepada rakan sejawatannya dari Indonesia Dr Marty Natalegawa berhubung hukuman berat yang dijatuhkan sebuah mahkamah di Bengkalis, Riau ke atas enam nelayan Malaysia kerana didakwa menceroboh perairan negara itu 8 Mac lalu. 

Anifah (gambar) berkata apa yang berlaku ke atas nelayan terbabit tidak mencerminkan persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat dua hala di Kota Kinabalu tahun lepas mengenai sikap tolak ansur pihak berkuasa kedua-dua negara terhadap aktiviti menangkap ikan oleh nelayan di kawasan sempadan maritim yang masih dalam pertikaian. 

“Hukuman 30 bulan penjara tiap seorang dan denda Rp1 bilion (RM350,000) atau tiga bulan penjara agak keterlaluan... Saya amat sedih kerana mereka hanyalah nelayan,” katanya yang kesal kes itu tidak dapat diselesaikan sebelum nelayan terbabit dibawa ke mahkamah. 

Laporan Bernama berkata perkara tersebut disampaikan kepada Natalegawa di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean di sini semalam. 

Menteri Luar itu berkata beliau sebelum ini secara peribadi menghubungi Natalegawa untuk meminta kerjasama kerajaan Indonesia agar membebaskan nelayan terbabit sebelum mereka didakwa. 

Kumpulan enam nelayan itu ditahan Polis Air Republik Indonesia 12.5 batu nautika dari perairan Senggarang, Batu Pahat, Johor pada 8 Mac lalu. 

Anifah turut meminta nelayan terbabit dibebaskan dalam masa terdekat kerana mereka telah ditahan selama dua bulan. 

Beliau juga bimbang perkembangan itu akan menyebabkan rakyat Malaysia menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan serupa terhadap nelayan Indonesia yang didapati menceroboh perairan negara pada masa akan datang. 

Katanya, Malaysia selama ini mengamalkan sikap bertolak ansur terhadap nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara dengan hanya mengambil kenyataan sebelum membebaskan mereka. 

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pihak penguat kuasa berkaitan kedua-dua negara duduk bersama bagi membincangkan prosedur operasi yang harus dilakukan bagi menangani kes berkenaan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.