Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PRU Singapura: Undian mula, PAP diramal kekal kuasa

May 07, 2011
Orang ramai berkumpul untuk kempen pilihanraya di Singapura. — Foto Reuters
SINGAPURA, 7 Mei — Proses pengundian pilihan raya umum Singapura bermula pagi ini bagi menentukan wakil rakyat 87 kerusi dengan penganalisis tidak menjangkakan sebarang kejutan luar biasa di republik itu. 
 
Buat pertama kali republik itu menyaksikan persaingan pembangkang di hampir kesemua kerusi. Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah negara itu sejak kemerdekaan telah pun menang di lima kerusi Perwakilan Kumpulan Kawasan Pilihan Raya (GRC) Tanjong Pagar, 

yang diketuai Menteri Mentor Lee Kuan Yew pada hari penamaan calon 27 April lalu. Pengundi-pengundi mula beratur sebelum pusat pengundian dibuka, lapor agensi berita Xinhua. Pusat-pusat pengundian dibuka dari 8 pagi hingga 8 malam. Keputusan dijangka diketahui dalam beberapa jam selepas pengundian berakhir.

Pengundian adalah wajib bagi 2.21 pengundi yang layak. Pada pilihan raya umum 2006, PAP menguasai 82 daripada 84 kerusi yang dipertandingkan.

Terdapat 12 kerusi wakil tunggal dan 15 kerusi GRC di mana calon-calon bertanding dalam kumpulan empat hingga enam orang. 

Meskipun berdepan cabaran sengit, PAP berkeyakinan bahawa parti itu akan berupaya mengekalkan populariti dan mandat daripada 2.35 juta pengundi Singapura yang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-14 ini. 

Ketika menyuarakan keyakinannya ketika berkempen, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata, PAP yakin akan mencatatkan keputusan memberangsangkan dalam pilihan raya umum hari ini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.