Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI LAGI SEKOR BANGANG !

Untuk Perpaduan – Dr Ridhuan


KUALA LUMPUR 5 Mei – Tokoh akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berharap akan ada titik pertemuan dan sinar di hujung terowong berhubung perpaduan Melayu khususnya antara UMNO dengan Pas.

Beliau yang merupakan Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional seterusnya berkata apabila wujud pertembungan yang melibatkan kepentingan nasional, seharusnya ideologi tidak dijadikan penghalang sebaliknya kepentingan bangsa, agama adn negara diutamakan.


“’Saya cukup sedih apabila hari ini jemputan atas nama perpaduan dipandang sinis oleh pihak tertentu yang seolah-olah tidak nampak kepentingan perkara berkenaan  untuk negara kerana dibatasi oleh ideologi politik.

“’Apakah mereka sedar dan tahu, orang lain boleh meletakkan kepentingan mereka dihadapan dan kita bangsa Melayu seolah-olah tidak ada titik noktah ke arah itu kerana kepentingan peribadi dan kepentingan politik.

“’Perbezaan ideologi dan politik bukan bermakna tidak boleh bersatu. Dan persoalan terdesak dan mendesak tidak timbul kerana mereka perlu melihat perkara berkenaan secara positif. Apakah selamanya kita akan berpecah?” soalnya.

Ustaz Ridhuan seterusnya menimbulkan kehairanan bagaimana jemputan ikhlas ke arah itu  dipandang sinis sedangkan pada masa yang sama mereka boleh berkawan dengan bukan Islam yang secara terang-terangan menentang sebuah negara Islam.

“Duduklah…dan berbincanglah secara elok dan bukannya terus tutup pintu. Kalau dengan bukan Islam seperti yang saya sebutkan tadi mereka boleh berkawan dan bercakap, kenapa jemputan daripada satu bangsa dan satu agama dipandang buruk. Apakah ini boleh menjayakan perpaduan bangsa.

“Kisah silam jadikan sejarah dan kita perlu bergerak ke hadapan kerana kita tidak boleh kembali kepada masa lampau. Kita perlu bergerak ke arah kepentingan yang lebih besar. Apabila kepentingan nasional bertembung dengan peribadi dan parti, kepentingan nasional itu perlu dititikberatkan,”  katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya percaya jika kepentingan peribadi dan ideologi menjadi penghalang, sampai kiamat pun perkara tersebut tidak akan menjadi realiti.

“Kita letakkan harapan yang besar dalam soal ini. Ini bukan mahu bina rumah tetapi bina negara yang terdiri daripada 14 buah negeri. Saya amat-amat berharap perkara ini disambut baik tanpa prasangka untuk kepentingan masa depan khususnya untuk anak cucu cicit kita pada masa akan datang.

“Bayangkan 15 atau 20 tahun akan datang, disebabkan tangan-tangan kita hari ini anak cucu cicit menghentam kita…. Lihatlah secara positif untuk kepentingan bersama. Ingat orang lain boleh bersatu kenapa kita tidak mampu menjadikan ianya satu realiti,” katanya. -MediaUMNO

Ulasan:
Ideologi tidak jadi penghalang ? Mungkin ! Namun mengapa semasa selesa memerintah mereka tidak sebut perpaduan ? Mengapa UMNO hampir hancur baru nak sebut perpaduan melayu ? Mengapa tidak sebut perpaduan islam ? Itu sebab kita suruh UMNO menukar Ideolojinya kepada islam akan tetapi UMNO tidak mahu ! Apa masalahnya ? Yang ini mengapa Dr Redhuan tak sentuh ?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.