Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isteri, anak perempuan Gaddafi tinggalkan Libya

May 19, 2011


TRIPOLI, 19 Mei — Isteri dan anak perempuan pemimpin Libya Muammar Gaddafi telah melarikan diri ke Tunisia, lapor agensi berita Reuters.

Radio Tunisia Mosaiqu melaporkan bahawa salah satu anak lelaki Muammar, Mohammad juga telah menyeberangi Tunisia. Tiada pengesahan rasmi mengenai laporan itu.

Bagaimanapun menurut laporan radio Tunisia dan Al Jazeera, keluarga Muammar tinggal di Djerba, sebuah pulau pelancongan di sempadan Libya-Tunisia, yang kini digunakan oleh bekas pegawai-pegawai kerajaan sebagai lokasi pelarian sejak mereka berpaling tadah.

“Mereka dijangkakan untuk meninggalkan (Libya) kelmarin,  tetapi mereka masih berada di Djerba,” kata sumber-sumber kepada Reuters.

Muammar yang memimpin Libya sejak lebih 40 tahun berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak awal tahun ini.

Serangan udara NATO bulan lepas telah membunuh anak bongsu Muammar, Saif al-Arab dan tiga cucunya.

Beliau mempunyai lapan anak kandung termasuk tujuh daripadanya lelaki, demikian menurut laporan BBC. — Agensi

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.