Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jika tidak terpilih memang dah tak guna dalam umno

Ahli UMNO Akan Diuji Kesetiaan Bila Sampai Masa Nanti – Najib


KUALA LUMPUR, 11 Mei – Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan menguji kesetiaan anggota Umno terhadap perjuangan parti apabila tiba masanya.

Walaupun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut, Perdana Menteri memberi bayangan bahawa ujian itu secara langsung mengaitkan pemilihan calon pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

“Apakah kita sudah cukup setia kepada Umno? Apakah tak jadi calon kita akan setia kepada Umno? Betul? Setia? Betul serah mandat pada pucuk pimpinan? Terima kasih. Saya akan uji bila sampai masa nanti.

“Jangan nanti ada yang merajuk, tidak mahu kerja dan pergi ke luar negara kalau tidak terpilih menjadi calon pilihan raya,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke-65 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Najib, mendapat respon daripada kira-kira 3,000 hadirin yang hadir memenuhi Dewan Merdeka yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin Umno dari seluruh negara.

Turut sama pada majlis malam ini, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, naib-naib presiden serta ketua-ketua sayap parti.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.