Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAJIB JUMPA PADRI KRISTIAN BESOK UNTUK PNYELESAIAN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dijadualkan mengadakan perjumpaan dengan beberapa pertubuhan Kristian esok berhubung dakwaan 'konspirasi Kristian' seperti yang dipaparkan pada tajuk utama Utusan Malaysia Sabtu lalu.

dap islamic state forum 260707 hermen shastriSetiausaha Majlis Gereja-gereja Malaysia (CCM) Rev Hermen Shastri memberitahu akhbar berbahasa Cina hari ini bahawa mesyuarat itu adalah usaha Pejabat Perdana Menteri yang mahu mencari penyelesaian berhubung kekalutan isu berkenaan.


Sambil berkata, mesyuarat itu akan diadakan secara tertutup Hermen enggan mendedahkan tempat dan masa ia akan diadakan.


Selain itu, katanya hanya ahli CCM tertentu yang dijemput menghadirinya sdambil mengesahkan bahawa beliau antara mereka itu.


Namun menurut Herman, Pejabat Perdana Menteri sepatutnya juga berjumpa dengan editor Utusan untuk mengetahui mengapa mereka menimbulkan isu berkenaan terlebih dahulu.

utusan malaysia kritsian agama rasmiBeliau juga membidas akhbar milik Umno itu kerana membuat laporan 'palsu' itu dan bermain dengan 'api'.

Utusan Malaysia pada Sabtu lalu, berdasarkan dakwaan oleh dua blogger pro-Umno menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri dan menyiarkan laporan bertajuk “Kristian agama rasmi?”

Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, minggu lalu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.