Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG CINA JANGAN TAKUT UGUTAN NAJIB DAN SOI LEK

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/NgChaiHing.jpgKUALA TERENGGANU - Masyarakat Cina di negara ini, khususnya di negeri Terengganu, digesa tidak 'termakan dan takut' dengan ugutan yang dibuat oleh Presiden MCA dan juga Presiden Umno.

Kaum Cina juga diminta berfikiran terbuka, peka dan sedar, bahawa kedua-dua parti komponen Barisan Nasional itu semakin hilang sokongan kerana tidak menegakkan keadilan dan menunaikan hak-hak rakyat.

Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing [gambar] berkata, MCA yang menjadi wakil kepada orang Cina dan Umno wakil kepada orang Melayu, sejak 50 tahun lalu, gagal menyampaikan hasrat kaum yang mereka wakili.

"Wakil yang ada sekarang dari MCA kononnya mewakili masayarakat Cina, Umno mewakili Melayu, tetapi mereka sebenarnya mewakili kepentingan diri sendiri dan kroni,

"sebab itu, selepas 50 tahun, orang Cina masih dianggap pendatang dan hanya orang Melayu Umno sahaja yang kaya raya,"ujarnya ketika ditemui Selasa, 3 April.

Menurutnya, apa yang berlaku ke atas bekas Presiden MCA dan Naib Presiden MCA adalah bukti bahawa parti itu tidak mengutamakan kepentingan kaum yang mereka wakili.

Katanya, kenyataan Dato' Seri Najib dan Chua Soi Lek menunjukkan mereka benar-benar terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

Sedang rakyat masakini, kata beliau, terutamanya masyarakat Cina, sudah membuat pilihan, menolak MCA dan Barisan Nasional dan memilih pemimpin Pakatan Rakyat sebagai wakil yang membawa suara mereka.

"Mengapa Soi Lek mengugut? mengapa Najib mengancam? rakyat mempunyai kebebasan dalam demokrasi yang diamalkan, untuk memilih sesiapa yang mereka fikir layak untuk mewakili mereka,

"kalau rakyat tidak memilih mereka, dan memilih Pakatan Rakyat, maka kerajaan Pakatan Rakyat yang akan mengambil alih,"jelasnya.

Beliau mengambil contoh kerajaa Pulau Pinang, sebelum ini ditadbir oleh Gerakan dan Barisan Nasional.

Katanya, masyarakat ketika itu memilih pemimpin Gerakan dan MCA sebagai wakil mereka, tetapi rakyat tidak puas hati lalu memilih wakil-wakil dari DAP dan Pakatan Rakyat

"rakyat khususnya kaum Cina melihat wakil-wakil DAP dan Pakatan Rakyat lantang menyuarakan masalah dan suara rakyat, berani menegur dasar-dasar yang tidak menguntungkan rakyat,

"tapi wakil-wakil MCA dan Gerakan hanya tunduk kepada Umno dan tidak berani menyampaikan hasrat masyarakat Cina" "tegasnya.

Menurutnya, wakil MCA di negeri Terengganu juga gagal mewakili suara masyarakat Cina.

Masyarakat Cina di Kemaman, katanya, memerlukan rumah mayat dan telah diusahakan oleh kerajaan PAS dulu.

Tetapi apabila kerajaan BN mengambil alih, wakil MCA tidak mempertahankannya dan sekarang tidak ada kemudahan tersebut.

"Begitu juga di Kuala Terengganu, berpuluh tahun penduduk taman perumahan di Cerung Lanjut, yang majoritinya adalah kaum Cina, menghadapi masalah banjir setiap kali hujan lebat turun,

"tetapi wakil rakyat MCA tidak mampu menyelesaikannya,"tambah Chai Hing.

Justeru, beliau menyeru seluruh masyarakat Cina supaya berani untuk berubah dan menggunakan hak masing-masing untuk memilih wakil yang lebih baik bagi kaum Cina.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.