Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS PERAK NAK TUNJUK KEKUATAN

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PAS GANTI UMNO PERINGKAT PERAK


IPOH – Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir menyatakan kini gelombang kebangkitan rakyat untuk memastikan PAS menggantikan UMNO selaku kuasa politik utama orang melayu di negara ini bagaikan angin yang sedang bertiup kencang.

Justeru PAS Perak akan membawa program besar-besaran yang dinamakan sebagai himpunan kebangkitan rakyat 'PAS Ganti Umno' di negeri Perak pada 14-15 Mei 2011 di zon utara Perak iaitu di Padang Rengas dan 28-29 Mei 2011 di zon Selatan Perak iaitu di Pasir Salak, jelas beliau.

Menurut beliau lagi, PAS Perak akan menggerakkan Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS ganti UMNO ini dengan bersungguh dan penuh komitmen agar program yang dirancang ini dapat berlangsung dengan jayanya..

Beliau juga menyatakan, program besar- besaran PAS ganti UMNO ini adalah antara usaha PAS Perak untuk kembali memerintah negeri Perak sejak ia dirampas oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam kes rampasan kuasa secara zalim oleh UMNO BN ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak selepas PRU 12 selama 11 bulan.

Setiausaha PAS Perak itu juga menyatakan, PAS Perak akan terus berusaha dan merancang serta melaksanakan pelbagai program untuk menawan hati rakyat.

Memetik ucapan beliau,

‘‘Kita berhasrat dan memang berniat untuk mengambil semula pemerintahan negeri Perak, jadi beberapa perancangan dan program yang telah dan sedang rancak dijalankan untuk menghadapi Pilihanraya Umum 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

" Oleh itu kita memikirkan sesuatu yang boleh menggerak dan menawan hati rakyat, kita mendokong penuh program yang disarankan diperingkat PAS Pusat iaitu program "PAS Ganti Umno", dan kita akan jayakannya di peringkat negeri Perak.

Menurutnya lagi, kejayaan Himpunan PAS ganti UMNO di pantai timur tanah air menyebabkan pemimpin Umno akur melihat kekuatan rakyat yang begitu ramai berhimpun untuk menyatakan aspirasi mereka menyokong perjuangan PAS.

Justeru Ijtima’ PAS Ganti UMNO adalah manifestasi perjuangan yang sekian lama dilaungkan oleh PAS dalam usaha menggantikan UMNO dalam penguasaan politik negara, ia juga merupakan matlamat utama parti mewujudkan sebuah pemerintahan yang adil mengikut lunas-lunas Islam.

Rakyat pasti akan lebih terbela masa depannya, manakala negara akan lebih stabil dalam semua aspek pembangunan sekiranya PAS berpeluang menggantikan UMNO yang sudah lama pincang dengan amalan rasuah, kronisme, salah guna kuasa, menzalimi hak rakyat, budaya fitnah dan beribu penyelewengan lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.