Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PEMUDA WAJIB DIBARISAN HADAPAN

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita46/muktamardppnt.JPG[Video klip] KUALA TERENGGANU - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa mahu pemuda berada di saf hadapan membawa cetusan yang dihasilkan di Timur Tengah untuk melakukan perubahan di negara ini.

Oleh itu, beliau menyarankan supaya pemuda berhenti 'beretorik' sebaliknya bertindak secara 'praktikal' dalam melakukan perubahan dan merampas semula negeri Terengganu dari Umno dan Barisan Nasional (BN). "Kita mahukan cetusan yang dihasilkan di Timur Tengah itu, merebak samapai ke negara kita dengan pemuda duduk di saf hadapan untuk melakukan perubahan dalam negara kita,

"kita sudah harus berhenti banyak 'beretorik' dalam program merubah negara atau scara khususnya negeri ini, uintuk kita rampas semula,"ujarnya ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Terengganu.

[Gambar - Ketua Pemuda, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengiringi Timbalan Presiden, memriksa perbarisan unit Amal sebelum pemuda PAS Terengganu bersidang]

Katanya, para pemuda PAS mesti faham dengan jelas peranan mereka sebagai pemuda dalam organisasi PAS.

Menurutnya, pemuda harus memantapkan kefahaman terhadap dasar Islam yang menunjangi perjuangan PAS sebagai parti politik dan gerakan Islam.

"kita (pemuda) harus faham dengan jelas peranan sebagai pemuda dalam gerakan Islam, dalam parti yang namanya Parti Islam,

"apa yang perlu kita perhalusi sekarang ini adalah memantapkan kefahaman dasar islam yang kita tunjangi dalam parti ini,"jelasnya.

Disamping, beliau berkata, adalah menjadi satu keperluan kepada pemuda untuk mempelbagaikan uslub atau kaedah dalam menyampaikan risalah perjuagan ataupun risalah parti.

Menurutnya, pendekatan pelbagai perlu diambil bagi mengembangkan pasaran PAS kepada golongan di luar, dalam usaha menawan kembali Terengganu dan untuk sampai ke Putrajaya.

Katanya, ramai orang yang datang kepada PAS masakini, bukan hanya kerana politik, tetapi kerana mereka melihat, Islam sebenar yang dibawa oleh PAS tidak sama dengan Islam yang dibawa oleh Umno.

"Alhamdulilah, pada (akhir) akhir ini ramai yang nak pada PAS, ramai orang datang pada PAS , ramai orang dekat pada PAS.... ..pasal apa mereka dekatkan diri pada PAS?

"orang datang pada kita, orang dekat pada kita, bukan hanya pada politiknya saja tapi orang datang pada kita kerana PAS memperjuangkan Islam,

"orang bukan Islam datang pada kita, sebab (apa)? secara terus terang mereka sebut kami tengok islam yang ada pada pas tidak sama yang ada pada Umno,"katanya yang juga anggota Parlimen Bachok, Kelantan.

Justeru, beliau menegaskan, dalam membawa perubahan dan berusaha untuk mencapai kemenangan, pemuda mestilah mempertahankan dasar Islam yang dibawa oleh PAS.

"Dalam rangka kita merubah, dalam rangka kita ingin mencapai kemenangan, dalam rangka kita ingin menawan negeri Terengganu, dalam rangka kita ingin sampai ke Putrajaya,

"Dasar Islam yang menjadi dasar PAS itu, jangan sekali-kali kita gadaikan,"tegasnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.