Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO SEDANG MENGHADAPI CABARAN GETIR ? HAAAA ! BARU MENGAKU ?

UMNO Tidak Akan Gadai Prinsip Perjuangan Walau Berdepan Cabaran Getir

MUAR, 2 Mei – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan UMNO tidak akan menggadai prinsip perjuangannya walaupun berhadapan dengan suasana politik yang getir dan mencabar.
Beliau yang juga  Timbalan Perdana Menteri seterusnya berkata berlainan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas, UMNO tidak akan menggadai prinsip politiknya semata-mata untuk meraih sokongan politik yang sementara.

“UMNO sentiasa istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa Melayu kerana itulah prinsip asas perjuangan UMNO. Pas sebaliknya boleh mengenepikan sementara prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik,” katanya.

Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata demikian ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Sri Pekembar di sini, Ahad.

Timbalan Perdana Menteri berkata lebih lama Pas berada di dalam pakatan pembangkang, lebih banyak prinsip perjuangan parti itu akan terhakis dan tergadai.

Bagi PKR pula, katanya parti pembangkang itu langsung tidak ada prinsip perjuangan kerana dari mula ditubuhkan, perjuangannya hanyalah untuk Ketua Umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya apabila Anwar dilanda masalah, parti itu turut dilanda masalah yang parah dengan PKR kini dkenali sebagai “Parti Kian Runtuh” dan “Parti Keluar Ramai-Ramai”.

Beliau berkata sekiranya anggota UMNO terus istiqamah dengan prinsip, falsafah dan roh perjuangan parti, UMNO akan terus bertambah kuat dan dihormati.

“Jangan kita gadai perjuangan kita, kerana prinsip inilah yang menentukan kewujudan dan kelangsungan UMNO sebagai sebuah parti politik Melayu yang gagah dan perkasa,” katanya.

Menurut Muhyiddin, UMNO tidak pernah mengambil pendekatan yang ekstrem di dalam perjuangan kepentingan Melayu dan Islam dan sentiasa bersikap adil terhadap semua dengan mengambil kira realiti sosial masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Ulasan:
SUDAH TERANG KENYATAAN NAJIB DAN MUHIDEN SENDIRI BERCANGGAH, CUBA MUHIDEN PULA ULAS KENYATAAN SOI LEK BERHUBUNG DENGAN NEGARA ISLAM ! NAJIB SENDIRI DAH KATA DIA TAK MAHU SERTAI POLIMIK NEGARA ISLAM ! ADEEEH ! MACAM MANA NI ? NAMPAKNYA PEMIMPIN UMNO NO 1 DAN NO 2 SUDAH BERCANGGAH, AHLI UMNO BAGAIMANA ?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.