PKR tolak desakan baru minta Anwar lakukan ujian poligraf
May 03, 2011
PETALING JAYA, 3 Mei — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan pihaknya tidak akan melayan desakan terbaru “Datuk T” yang mahu ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melakukan ujian poligraf berhubung rakaman video seks yang didedahkan Mac lalu.
Sambil menyifatkan cadangan tersebut tidak perlu dilayan, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, ketiga-tiga “Datuk T” itu seharusnya didakwa di mahkamah syariah dan dikenakan hukuman qazaf kerana membuat tuduhan fitnah.
“Ini bukan soal siapa bohong siapa tidak, tetapi sepatutnya ia kena ikut hukum qazaf dan syariat Islam sebab kesalahan fitnah itu tergolong dalam hukum qazaf.
“Jadi saya ingin tegaskan kita perlu laksanakan hukum qazaf dan ikut prinsip syariat Islam yang telah ditetapkan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Justeru kata Ahli Parlimen Gombak itu, pihaknya tidak akan tunduk kepada desakan terbaru yang dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
“Kita tidak akan tunduk kepada desakan terbaru ini, ini bukan yang sepatutnya.
“Kita mahu qazaf dilakukan dan kita mahu ia dilakukan prinsip dan syariat Islam, kita juga mahu Datuk T ini didakwa di mahkamah syariah,” katanya.
Semalam Shazryl, salah seorang “Datuk T” berkata beliau bersedia untuk melakukan ujian poligraf bagi membuktikan kebenaran berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar.
Bagaimanapun tegas Shazryl, Anwar yang juga Ketua Umum PKR perlu melakukan ujian poligraf selain proses itu perlu disiarkan secara langsung di televisyen.
Ini kerana beliau berkata, tujuan mengenakan dua syarat itu bagi mengelakkan sebarang penipuan dan konspirasi yang mungkin akan timbul jika ujian poligraf itu dilakukan.
Dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Jumaat lalu, Shazryl melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As walaupun cuba dihalang penyokong PKR.
Terdahulu pada sidang media, Azmin mendakwa seorang pegawai kanan polis mendalangi agenda fitnah Umno terhadap Anwar dan cuba menghasut warga pendidik atas nama seminar keselamatan negara.
Jelas beliau, seminar yang diadakan di Kelantan itu dengan menggunakan tajuk “Seminar Isu-isu Keselamatan Negara Masa Kini” sebaliknya menjurus kepada isu video seks dan kes liwat Anwar.
“Saya dimaklumkan empat siri seminar ini dijalankan dengan membabitkan 2,000 pengetua dan guru-guru dari seluruh Kelantan dan setiap sekolah diwajibkan menghantar pengetua dan lapan orang guru.
“Pembentangan pegawai kanan polis ini bukan tertumpu kepada isu keselamatan negara sebaliknya menjadi ejen Umno dengan mengupas isu-isu seks dan lucah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim... pegawai kanan polis ini telah menghukum Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah sebagai peliwat dan juga pelanggan pelacur,” katanya.
Oleh demikian beliau mempersoalkan penglibatan polis dalam isu rakaman video seks dan menuntut Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail memberi jaminan badan kerajaan itu tidak disalahgunakan untuk kepentingan Umno-Barisan Nasional (BN).
“Mengapa seorang pegawai kanan polis terlibat menyampaikan ceramah politik yang mengulangi propaganda murahan Umno-BN? Bagaimana polis dapat menjalankan siasatan yang telus dan profesional dalam isu video seks jika pegawai pegawai tertinggi terlibat dalam agenda fitnah dan keji ini? Mengapakan institusi polis disalahgunakan?
“Saya menuntut ketua polis negara menjawab persoalan-persoalan ini dengan jujur agar kita dapat hentikan penyalahgunaan jentera kerajaan khususnya polis dan jabatan pendidikan untuk tujuan agenda fitnah Umno-BN,” katanya sambil menyifatkan Umno-BN semakin
0 orang berkata:
Post a Comment