Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ramli Mohd Ali tu pernah makan orang kew ?

(Kawasan) Ketua dan Setiausaha Umno cuba pukul pimpinan PAS Kawasan



Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Ramli Dalip membuat laporan Polis Isnin lalu berikutan tindakan Ketua Umno Kg Bukit Beruang Dalam, Ramli Mohd Ali yang cuba memukulnya pada petang hari yang sama.

Dalam kejadian tersebut, Ramli Mohd Ali dan Setiausaha Cawangan Bukit Beruang Dalam, Borhan Salim telah menahan Ramli yang sedang berjogging kira-kira jam 6.30 petang tidak jauh dari rumahnya di Kg Bukit Beruang.

"Ramli Mohd Ali mengeluarkan pelbagai tuduhan terhadap saya berikutan ceramah PAS Sabtu lalu dan tidak lama kemudian beliau cuba mengambil batu bata hendak memukul saya".

"Mujur ianya dapat dileraikan oleh beberapa penduduk kampung yang berada tidak jauh dari tempat kejadian".

Ramli berkata beliau amat kesal dengan kejadian ini kerana Ketua Umno tersebut sepatutnya berpolitik secara matang bukannya bertindak ala samseng dan 'gangster' seperti ini.

Menurutnya Ramli Mohd Ali benar-benar memalukan partinya dan dirinya sendiri kerana beliau sendiri adalah seorang pegawai kanan di sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

Berikutan dengan itu Ramli telah membuat laporan Polis di Balai Polis Bukit Baru pada malam Isnin lalu. Dalam laporan yang bernombor BK Baru/001749/11 Ramli menamakan pemimpin Umno Cawangan itu sebagai orang yang cuba memukulnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.