Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK PA MAIN API, POLIS TAK TANGKAP LAAA !

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan akhbarnya berkata akhbar Utusan Malaysia seperti menyalakan api ketegangan antara agama.

pas muktamar 130610 nasruddin hassan 2“Saya melihat spekulasi yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia kononnya terdapat pihak tertentu yang berusaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kelemahan dan kegagalan Umno sebagai parti utama dalam BN menunaikan amanah yang digalaskan kepada mereka selaku pemerintah.

“Lebih 50 tahun rakyat memberi kepercayaan dan mandat kepada Umno mewakili BN untuk memimpin dan mentadbir negara khasnya untuk melindungi agama Islam dan kesejahteraan rakyat.

utusan malaysia kritsian agama rasmi“Malang sungguh, malang seribu kali malang apabila Islam bukan sahaja tidak semakin kuat dan utuh tetapi dikesan umum bahawa ia semakin susut dan merosot,” kata Nasharuddin.

Menurut beliau, jika Umno berjaya dan mampu menjaga agama Islam dengan baik dan menjadikan ia semakin hari semakin kuat dan hebat, spekulasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini tidak akan timbul.

Katanya, bahkan dalam masa yang sama, penganut-penganut agama selain Islam akan terasa aman dan selesa untuk mengamal serta menganut agama mereka.

“Spekulasi yang dicetuskan oleh Utusan Malaysia ini bukan sahaja menampakkan kelemahan dan kegagalan ketara Umno dan BN Nasional selaku pemerintah, ia juga berpotensi menyalakan api ketegangan antara agama.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, penang pastor meeting“Pastinya situasi ini akan menggugat keamanan negara dan rakyat yang sepatutnya memperolehi hak hidup aman dan sejahtera,” katanya.

Menurut ketua pemuda PAS itu lagi, spekulasi Utusan Malaysia sangat tidak bertanggungjawab.

“Selain dari potensi menggugat keamanan, spekulasi sedemikian juga dilihat umum sebagai usaha meraih perhatian politik murahan sekaligus percubaan nekad untuk menyembunyikan kelemahan dan ketidakupayaan mereka menjaga agama suci ini,” katanya.

NONEMenurut Nasharuddin, suatu fakta yang diketahui umum bahawa perlembagaan negara telah memeteri Islam sebagai agama rasmi negara ini dan umat Islam pula masih menjadi golongan majoriti biarpun Malaysia adalah sebuah negara majmuk.

“Justeru itu, Islam tidak sewajarnya tergugat dan umat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat,” katanya.

Tambah beliau, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam pastinya tidak lebih rendah usahanya untuk memperjuang, mempertahan dan menegakkan Islam berbanding Umno dan BN.

NONE“Sungguhpun PAS menyertai "kerjasama politik" bersama parti - parti rakan kompenan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP), namun PAS tidak pernah mengendurkan pedatinya untuk terus memacu perjuangan Islam, jauh sekali untuk berubah arah meninggalkan prinsip perjuangan yang didokong selama ini.

“Malah pacuan semakin kencang ke arah menguasai negeri bahkan negara agar bebas dari cengkaman pengaruh dan kuasa Umno juga BN yang menjadi punca Islam dilihat lemah serta terdedah kepada ancaman setelah lebih 50 tahun mereka memerintah, mengurus dan mentadbir negara,” katanya.

Menurut beliau lagi, andainya Islam hari ini dilihat terancam dan penganutnya pula lemah pegangan agama adalah menjadi tanggungjawab semua melewati peranan dan tugas yang sayugianya dilaksanakan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.