Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIMBALAN PRESIDEN PERLU DITUKAR, PRESIDEN KEKAL

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita44/UHT.JPGKUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Ustaz Harun Taib mencadangkan supaya pencalonan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dikekalkan kepada gandingan sama iaitu Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Cadangan itu mendapat persetujuan sebulat suara dalam mesyuarat agung Pas kawasan Hulu Terengganu pada 29 April lalu.

Ustaz Harun yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu berkata, gandingan sedia ada mampu membawa hala tuju parti ke arah lebih baik, selain mampu menggerakkan PAS untuk bersama-sama Pakatan Rakyat merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ditanya berhubung terdapat kawasan lain seperti PAS Besut yang mencadangkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden PAS untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, beliau berkata, pihaknya tiada halangan kepada mana-mana kawasan untuk mengemukakan cadangan masing-masing.

“Kita beri kebebasan dan tiada peraturan pada kawasan tertentu untuk menetapkan calon yang perlu dipilih, sebaliknya mereka boleh mencadangkan sesiapa yang mereka suka,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan, kerjasama Pas dengan PKR adalah kerjasama berteraskan parti, bukan individu.

Sehubungan itu, katanya, tidak timbul sebarang perkara yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat untuk terus menyokong PAS sekalipun mereka meragui penafian Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembabitannya dalam isu video seks.

Harun berkata, kerjasama antara parti itu akan diteruskan biar sesiapa jua yang membarisi kepimpinan tertinggi PKR.

“Sama ada Anwar ada atau tidak, kerjasama tetap diteruskan dan isu yang berlaku ketika ini biarlah diselesaikan sendiri.” katanya.-SH

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kami nak tuan Ibrahim tuan Man & Husam Musa

mereka lebih berkarisma, knowledgble & relevan dng situasi politik semasa.

Jangan menyesal kalau pakatan gagal ke putera jaya.

Tak guna rakyat jelata pangkah pakatan kalau PAS tak mau buat anjakan paradigma.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.