Ceramah malam akhir Muktamar Tahunan PAS ke 57 di Taman Melewar, dekat sini mendapat sambutan memberangsangkan.Suasana meriah dan sesak dengan ribuan hadirin menggamit kenangan makmurnya pusat tarbiyah sekitar 10 tahun lalu.
Kini bangunan pusat tarbiyah ini telah bertukar wajah dengan penampilan moden sesuai dengan kehendak semasa.
Di sinilah terletaknya Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) yang telah memulakan sesi pengajian tidak lama sebelum ini.
Ada pandangan menyatakan, jika sesuatu majlis ceramah itu diadakan di Taman Melewar mendapat sambutan menggalakan berbanding tempat lain di sekitarnya.
Dikatakan juga Taman Melewar mempunyai ruh perjuangan yang hebat kerana itulah anggota masyarakat dari semua tempat datang jika sesuatu itu dibuat di situ.
Mohamad Sabu nafi Berita Minggu
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menafikan tajuk muka hadapan Berita Minggu yang meletakkan tajuk Ulama Tewas di muka hadapan.
Katanya, PAS sejak dahulu bukan sahaja menghormati ulamak bahkan golongan agama itu diletakkan dalam tertinggi, Majlis Syura Ulamak untuk memandu parti.
Berbanding Umno, tegasnya, yang hanya meletakkan agama di dalam sebuah biro sahaja sama seperti biro sukan, belia dan pertanian.
Sambil ketawa kecil, Haji Mohamad berkata, sejak bila Umno hendak pada ulamak melainkan mereka hanya berdusta semata.
Di dalam ceramah sama, Mohamad berkata, jangan diharapkan kepada Umno untuk menjaga agama di negara ini.
Umno tidur tak lena - Mursyidul Am
Sementara itu dalam ucapan ringkasnya selepas itu, Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perjuangan Mohamad lebih baik dari sesetengah lepasan Universiti Azhar.
"Beliau tidak pernah terlibat dengan Umno," tegasnya.
Kata Tuan Guru, Mohamad terus bersama perjuangan PAS sejak dari awal lagi dan sesekali tidak pernah terlibat dengan Umno.
Menurutnya, dengan sikap Mohamad yang disenangi semua pihak, Umno akan tidak dapat tidur nyenyak selepas ini.

0 orang berkata:
Post a Comment