Khairy: Himpunan 9 Julai kekal, MCA tak serta
June 24, 2011
KUALA LUMPUR, 24 Jun — Pemuda Umno akan tetap meneruskan perhimpunannya pada 9 Julai ini walaupun tidak diberi permit oleh Kementerian Dalam Negeri, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.
Katanya selain Pemuda Umno, Pemuda MIC dan Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) akan turut serta dalam perhimpunan itu.
“Bagaimanapun, Pemuda MCA tidak akan menyertai perhimpunan tersebut atas sebab-sebab tertentu dan Pemuda Umno menghormati keputusan mereka,” katanya dipetik Bernama Online.
Khairy (gambar) terdahulu merasmikan mesyuarat agung tahunan Pemuda PPP hari ini.
Khairy berkata beliau yakin perhimpunan Pemuda Umno itu tidak akan bertukar ganas memandangkan pada hari yang sama, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan turut mengadakan perhimpunan serta perhimpunan haram oleh kumpulan pengacau.
Mengenai kehadirannya pada perhimpunan itu nanti, Khairy berharap beliau akan dapat pulang pada Sabtu depan selepas menyertai misi Flotilla Kemanusiaan Antarabangsa II ke Gaza selama seminggu mulai Ahad ini.
Menyentuh mengenai ugutan bunuh yang diterima Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Khairy berkata pihak berkuasa perlu melakukan siasatan dengan segera kerana ia adalah satu perbuatan jenayah.
Beliau turut membidas tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa ugutan itu daripada Barisan Nasional (BN) tanpa sebarang bukti.

0 orang berkata:
Post a Comment