Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APAKAH DEMOKRASI AKAN MATI DI NEGARA INI ?

Polis KL: Kami ada cara halang himpunan 9 Julai

June 24, 2011
KUALA LUMPUR, 24 Jun — Polis akan menggunakan cara tersendiri untuk memastikan perhimpunan dirancang pada 9 Julai ini — oleh tiga pihak — tidak akan berlaku, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh.

“Apa rancangan dan jenis tindakan yang akan kita ambil itu, biarlah polis sahaja yang tahu. Yang pasti, kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi menghalang perhimpunan ini,” katanya dipetik Bernama Online.

Amar Singh berkata sehingga hari ini, tidak ada satu pihak pun yang memohon permit untuk mengadakan perhimpunan itu.

Juster kata beliau, sekiranya perhimpunan itu diadakan juga, ia boleh diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram atau tidak ada permit atau lesen seperti yang ditetapkan oleh Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.

Perhimpunan haram itu dianjurkan oleh Bersih 2.0 bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dengan alasan mahu menuntut pilihan raya lebih bersih dan adil.Cadangan mengadakan perhimpunan itu mendapat bantahan meluas.

Amar Singh berkata sehingga kini polis telah menerima lebih daripada 800 laporan polis berhubung bantahan terhadap demonstrasi ini yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO), golongan peniaga, persatuan-persatuan, ahli politik dan orang awam (individu).

“Selain daripada perhimpunan yang menggunakan nama Bersih 2.0 ini, pada masa yang sama juga terdapat dua kumpulan berlainan telah menyatakan hasrat untuk membuat perhimpunan di sekitar ibu kota bagi membantah perhimpuan Bersih ini.

“Dengan adanya kumpulan yang tidak sefahaman pendapat ini berhimpun, kita khuatir akan mencetuskan keadaan yang boleh menggangu aktiviti harian, perniagaan dan ketenteraman awam,” katanya.

Amar Singh meminta penganjur supaya menarik balik rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan haram itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.