Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Haramkan akhbar utusan




Posted on Thursday, June 23 @ 20:11:48 PDT by tokdalang
Oleh: WFAUZDIN NS

APA hukum membeli, menjual dan membaca akhbar Utusan? Sebelum ini akhbarhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj1c0JSKKEn-Yd46wXo5CjeSJ6EXklcjLHLDf-L5WSAQ8fvVwPMz2rm4RFtvbqHzBk8pUcSVStYkxvsqdml1QTk-nN6Wyou5O8xkAIgJiC6oa1kLSLz_KAk35gZvPLjEgnD5jyEwBO9x6M/s400/boikot_utusan430.jpg Suara Keadilan ada menyiarkan kenyataan Prof Dr Harun Din yang menyebut bahawa `haram' membaca akhbar pencacai ini. Namun, akhirnya akhbar Suara Keadilan terpaksa menarik balik penyiaran kenyataan Prof Dr Harun Din kerana beliau sendiri menafikan pernah berkata sedemikian.


Ertinya, Prof Dr Harun Din tidak bersetuju dengan apa yang disiarkan oleh Suara Keadilan tersebut. Selepas itu, kita dikejutkan lagi dengan perbuatan akhbar milik parti sekutu Apco tersebut yang menyiarkan lukisan kartun yang jelas menghina hukum Islam di dalam isu rogol dan zina.

Adakah akhbar ini masih `harus' dibeli dan dibaca oleh umat Islam? Saya tidak tahu hukumnya kerana bukan sekali akhbar ini menghina hukum Islam atau menghina alim-ulamak dan melaporkan berita fitnah seks, tetapi apabila Prof Dr Harun Din menegur akhbar Suara Keadilan yang menyiarkan `haram' membaca akhbar Utusan maka terfikir oleh saya mungkin akhbar ini masih `halal' untuk dibeli dan ditatap.

Hari ini diberitakan ada beberapa siri tunjuk perasaan membantah akhbar Utusan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Mengapa kita perlu bantah akhbar yang masih `halal' ini? Tidakkah Dewan Pemuda PAS bimbang sekiranya mereka ditegur kerana membantah akhbar Utusan sepertimana Suara Keadilan ditegur?/wfauzdin.blogspot.com

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.