Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERSIH 2.0: Tahanlah Mat Sabu..!

Reactions: 
Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Sebaik saja keputusan Pemilihan Pimpinan Tertinggi PAS dalam Muktamar PAS kali ke-57 diumumkan, keyakinan UMNO/BN untuk mempertahankan Putrajaya semakin goyah. Blogger-blogger PenChaChai UMNO/BN menjadi gila, Pimpinan-Pimpinan UMNO/BN dari pelbagai peringkat turut sama menjadi gila.

Kalau dilihat dikaca TV, wajah setiap Pimpinan UMNO/BN yang diwawancara agak pucat kebiru-biruan dan ada juga yang agak hijau mukanya kerana dilanda sindrom ketakutan.

Macam-macam cara dan perkara diulas para Pimpinan UMNO/BN sehingga pada 1 tahap, kelihatan seperti UMNO/BN ialah sebuah Parti Islam nombor Wahid di muka-bumi ini mengalahkan puak-puak Hizbut Tahir.

Gelombang kebangkitan Pakatan Rakyat dilihat semakin payah hendak disekat dengan adanya barisan Kepimpinan PAS yang selama ini ditunggu-tunggu oleh rakyat pelbagai peringkat, agama dan bangsa. Langkah Pakatan Rakyat ke Putrajaya nampaknya semakin jelas dengan adanya Panglima-Panglima yang selama ini sangat-sangat ditakuti oleh UMNO/BN dalam Barisan Utama kepimpinan PAS.

Gelombang pertama yang berlaku dalam PAS gagal disekat UMNO/BN walau berbagai cara digunakan bagi menyekat kemaraan "Perubahan" dalam Pimpinan PAS.

Gelombang ke-2 yang bakal berlaku dan juga yang menjadi ketakutan puak-puak UMNO/BN selepas ini datangnya dari kempen Himpunan BERSIH 2.0 yang bakal diadakan pada 7hb. Julai, 2011 di Bandaraya Kuala Lumpur.

Komandan yang akan memimpin Perhimpunan BERSIH 2.0 kali ini tak lain dan tak bukan ialah Pemimpin yang paling dekat dihati rakyat iaitu Mohammad Sabu atau Abang Mat atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu. Pertama kali rasanya dalam sejarah apabila seorang yang memegang jawatan Timbalan Presiden PAS mengetuai 1 perhimpunan yang dijangkakan akan menjadi Himpunan Rakyat Terbesar dalam sejarah Malaysia dalam abad ke-20.

Gua tak nampak ketakutan UMNO/BN pada Himpunan BERSIH 2.0 sebelum Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden PAS tetapi setelah Mat Sabu berjaya menang dalam pemilihan tersebut, gua nampak dengan jelas sekali betapa UMNO/BN begitu takut sekiranya Perhimpunan BERSIH 2.0 berjaya diadakan.

Ketakutan UMNO/BN pada gua sebenarnya berpunca dari pengaruh Timbalan Presiden PAS yang baru dipilih dengan masyarakat bukan Melayu. Mat Sabu mempunyai pengaruh yang cukup luas dikalangan bukan Melayu di Malaysia. Tanyalah mana-mana kaki politik bukan Melayu kenal atau tidak Mat Sabu... pasti ramai yang kenal.

Ini yang menakutkan UMNO/BN. Mat Sabu berupaya membawa "crowd" yang besar kali ini atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden PAS. Hubungan baiknya dengan Lim Guan Eng dan Pimpinan DAP pasti akan menarik penyertaan penyokong-penyokong dan ahli DAP dalam Perhimpunan BERSIH 2.0 kali ini.

UMNO/BN tidak mahu hal ini berlaku. UMNO/BN tidak mahu semua bangsa terutamanya Melayu, India dan Cina bergabung dalam apa-apa perkara pun di Malaysia walaupun dalam perkara yang membawa kebaikan.

UMNO/BN selama ini hanya mendidik pelbagai bangsa di Malaysia bergabung dalam majlis makan-makan dan perayaan anjuran UMNO/BN sahaja, dalam lain-lain hal terutama untuk kebaikan negara Malaysia, pelbagai bangsa TIDAK BOLEH DIGABUNGKAN kerana jika digabungkan semua bangsa dalam lain-lain hal selain dari majlis yang disebut tadi, akan membawa MALAPETAKA buat UMNO/BN.

Mana boleh India, Cina dan Melayu bersatu dalam hal yang membawa kebaikan..? kalau bangsa-bangsa ini digabungkan, bagaimana semboyan perpecahan sesama bangsa mahu dilaungkan oleh UMNO/BN..?

Selama inipun UMNO/BN selalu mempersoalkan kemana perginya lain-lain bangsa selain dari bangsa Melayu dalam mana-mana perhimpunan yang diadakan oleh Pakatan Rakyat. selama ini UMNO/BN membayangkan kununnya bangsa Melayu pro Pakatan Rakyat hanyalah sebagai "Boneka" kepada bangsa selain Melayu apabila ada perhimpunan anjuran DAP diadakan.

Semboyan ini dibunyikan bagi menjarakkan hubungan sesama Melayu dan bangsa lain dalam Pakatan Rakyat. kalau rakyat termakan dengan hasutan ini, Pakatan Rakyat tidak akan kekal lama dalam Politik Malaysia. Ini yang diharapkan oleh UMNO/BN selama ini.

Maklumat dari sahabat-sahabat di Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengatakan bahawa ada 110% kemungkinan Mat Sabu akan ditahan dibawah akta zalim ISA sebelum Himpunan BERSIH 2.0 diadakan dibawah Akta Hasutan. Bila akan ditahan kita tak tahu... mungkin 19hb. Jun, 2011 ini di majlis Pelancaran BERSIH 2.0 yang akan diadakan di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor.

Mat Sabu perlu ditahan kerana UMNO/BN tidak mahu bangsa Melayu dan bangsa-bangsa selain Melayu bergabung dalam 1 Perhimpunan yang sebegini besar menuntut perubahan yang lebih baik dalam Negara Malaysia. Perkara ini perlu disekat dari awal sebelum ianya berlaku.

Bangsa-bangsa lain selain daripada bangsa Melayu perlu ditakutkan sebelum mereka bergabung dengan orang Melayu kejalanan menuntut hak mereka dan caranya ialah dengan menahan Mat Sabu dibawah akta zalim ISA.

Gua teringat masa gua lepak-lepak dengan Mat Sabu, Hishamudin Rais dan rakan-rakan di Bangsar 2 minggu lepas beberapa hari selepas Mat Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS. kata Mat Sabu masa kami lepak-lepak pekena kopi:
"Orang lain menang bertanding jawatan bukan main seronok, aku sorang je bila menang dok naaampak pintu Kamunting"
Masa tu gua tengok ada riak kerisauan di muka Mat Sabu, tapi semangat Mat Sabu gua tak nampak luntur walau sikit pun sampai saat ini dan pada gua, ini yang paling-paling UMNO/BN takut.

Sebelum ini ramai yang mengangkat Anwar Ibrahim sebagai "mentor" yang dapat menyatukan semua bangsa-bangsa di Malaysia dalam menentang kezaliman UMNO/BN. Hari ini gua ingin mengangkat Timbalan Presiden PAS yang baru sebagai "Mentor" penyatuan pelbagai bangsa di Malaysia dalam menentang kezaliman UMNO/BN.

Pada gua, kalau nak dibuat perbandingan siapa lebih hebat antara Mat Sabu dan Anwar Ibrahim, gua dengan selambanya mengangkat Mat Sabu lebih sikit dari Anwar Ibrahim sebab Anwar Ibrahim dikenali atas kapasitinya sebagai Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia manakala Mat Sabu dekat dihati rakyat melalui perjuangannya tanpa apa-apa jawatan selama ini.

Kami kenal Mat Sabu dijalanan membonceng motor Honda cup, berbaju T.Shirt Pagoda atau kemeja berlambang Bulan. Pernah sama-sama basah disiram pancutan Water Calon, pernah sama-sama lemas diselimut Bom Asap dan pernah sama-sama tidur di kaki lima masjid sewaktu bermusafir.

UMNO/BN tidak mahu orang seperti Mat Sabu memimpin Rakyat Malaysia pelbagai kaum sebab orang seperti Mat Sabu sangat-sangat biasa dengan kehidupan golongan "bawahan" dan orang ini akan memperjuangkan hak-hak golongan bawahan yang selama ini ditindas UMNO/BN dan pimpinan UMNO/BN juga tahu bahawa orang seperti Mat Sabu akan mendapat sokongan dari SEMUA KAUM di Malaysia dari pelbagai peringkat kasta dan ini adalah mimpi ngeri buat UMNO/BN.

Gua ada pesanan dari golongan bawahan kepada UMNO/BN:

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.