Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BIAR PAPA ASALKAN BERGAYA ADALAH KONSEP UMNO


 
 
KUALA TERENGGANU - Pernahkah rakyat Terengganu berfikir, berapa banyakkah pulangan yang diperolehi sekiranya wang RM250 juta dilaburkan dalam masa tiga tahun? 


Sebuah kerajaan boleh membina sebanyak 5,200 unit rumah kos rendah berharga RM48,000 dengan nilai RM250 juta dan dapat menyelamatkan 20, 800 orang isis rumah dari dibelenggu kemiskinan.

Dua buah hospital baru dengan kemudahan pakar dan kelengkapan mencukupi boleh dibina dengan dengan perbelanjaan sebanyak RM250 juta yang sekurang-0kurangnya dapat memberikan kemudahan kepada dua daerah.

Sebuah kilang pengeluaran barangan elektrik boleh dibina dan menempatkan beratus-ratus orang pekerja, dapat dibangunkan dengan kos RM250 juta.

Namun, apa yang rakyat Terengganu perolehi dengan pelaburan kerajaan sebanyak RM250 juta tiga tahun lalu.

Jawapanya, kosong.

Pada tahun 2008, kerajaan Umno-BN Terengganu dibawah pemerintahan Menteri Besarnya, Dato’ Seri Idris Jusoh telah membina Taman Tamadun Islam (TTI) dengan kos RM249.3 juta.

Pada 3 Ogos, 2008, walaupun setelah 'jatuh' dari kerusi Menteri Besar, Idris masih mempertahankan segala pembangunan yang dilakukan olehnya sewaktu menjawat jawatan tersebut,

Idris berkata segala pembangunan yang dilaksanakan sepanjang beliau menjadi Menteri Besar Terengganu adalah semata-mata untuk menaikkan taraf kehidupan rakyat dalam usaha mewujudkan satu tamadun baru.

Taraf kehidupan siapa yang naik dengan pembinaan TTI?

Idris berkata lagi, pembinaan TTI di Pulau Wan Man membuktikan negeri ini sedang membina tamadun baru, manakala penganjuran Piala Monsun juga sebagai simbolik kepada dunia bahawa Terengganu juga boleh mencapai taraf antarabangsa.

Disebalik semua dakwaan Idris selaku kepimpinan Umno-BN, kenyataan rasmi kerajaan Umno-BN menegaskan pelaburan yang dilakukan Idris, langsung tidak membawa pulangan kepada kerajaan dan rakyat negeri Terengganu.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu pada 9 - 12 Mei, 2011 menjelaskan, kerajaan tidak memungut sebarang hasil dari TTI.

Kerajaan menyatakan demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak yang bertanyakan, berapakah jumlah pungutan hasil diperolehi kerajaan negeri dari TTI mengikut tahun sejak 2008.

Dr Alias menyifatkan jawapan pihak kerajaan itu sebagai mendedahkan pelaburan RM250 juta hangus begitu sahaja, bahkan beban memikul pengurusan masjid Kristal sahaja bernilai puluhan ribu sebulan.

Katanya, jawapan tersebut juga membenarkan dakwaan pemimpin PAS bahawa pelaburan kerajaan dalam pembinaan TTI tidak membawa manfaat kepada rakyat.

"kerajaan BN Terengganu hanya pandai membazirkan wang rakyat ratusan juta tetapi langsung tidak membawa hasil pulangan, kerajaan negeri tidak pandai memerintah. Dia (pemimpin) hanya pandai membazirkan wang rakyat sahaja.

“Ratusan juta wang rakyat dibazirkan untuk pelaburan projek Taman Tamadun Islam (TTI) hingga RM250 juta tetapi tidak ada manfaatnya kepada rakyat,” jelasnya.

Malah, beliau diberitahu bahawa bahan-bahan yang digunakan bagi membina Pusat Konvensyen dan Masjid Kristal tidak mengikut spesifikasi asal yang tercatat dalam pelan.

Dr Alias mendakwa kos pembinaan Masjid Kristal itu sahaja sebenarnya tidak lebih RM30 juta, bahkan ada laporan yang menyatakan bahawa kos pembinaan masjid tersebut RM22 juta.

Selain itu, katanya kos pembinaan Pusat Konvensyen adalah RM 9 juta dan Perumahan Khas Imam serta Bilal adalah RM3 juta.

Menurutnya, pembinaan 21 replika yang terdapat dalam kompleks TTI itu dianggarkan tidak melebihi RM1.5 juta setiap satu dengan menjadikan kos keseluruhan RM31.5 juta.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Nerus berkata majoriti rakyat Terengganu menyifatkan  pelaburan kerajaan terhadap TTI sebagai satu projek yang membazir.

Ini kerana, katanya kontrovesi kos perbelanjaan yang terlalu tinggi dan tidak munasabah dengan keadaan realiti yang sebenar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.