Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Demo Bersih 2 - Boleh percaya kaa..auw-auw nak bagi 'kek cawan' pada mat sabu?

View Image
Pihak berkuasa tidak akan memberikan pengecualian tindakan undang-undang terhadap perhimpunan yang dirancang oleh gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH 2.0. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) berkata pihak yang terlibat tidak patut mengharapkan layanan istimewa.

Layanan istimewa? Sejak bila pendemo rakyat@BERSIH ada dpt layanan istimewa? Selama ini ada ke layanan istimewa yang diterima rakyat bila berdemo? Melainkan demo kepala lembu, demo songkok tinggi, perkosa dan puak KIMMA' ? Ptuihh..! Cakap macam budak no school.



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilihat sebagai seorang menteri yang tidak bertanggunjawab apabila dia dipetik sebagai berkata bahawa perhimpunan gerakan Bersih kedua yang bakal diadakan pada 9 Julai ini sebagai tindakan terdesak Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan.

Sebenarnya Umno BNlah yang terdesak dengan mengguna polis untuk menyekat perhimpunan bersih semata berkepentingan untuk survival umno BN bagi terus berkuasa.

Rakyat sepatutnya diberi kebebasan berhimpin dengan aman untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sinario politik tanah air yang menjengkelkan sejak Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Sebelum ini SPR menolak mentah-mentah permintan untuk menggunakan dakwat kekal serta penghapusan undi pos dan pernah menggunakan polis untuk menghalau para peserta himpunan oleh BERSIH yang diadakan sebelum ini.

Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam portfolio polis sepatutnya dia bersikap matang dengan mengarahkan pasukan Polis menjaga keselamatan rakyat yang pergi ke perhimpunan itu nanti kerana demonstrasi itu dijalankan secara aman.

Sebaliknya Tindakan Hishammuddin yang mengecam serta mengugut penunjuk perasaan yang akan ke perhimpunan bersih julai nanti merupakan tindakan terdesak Umno BN yang khuatir dengan kebangkitaan rakyat.

Bersih yang dianjurkan bertujuan untuk mendesak kerajaan yang telah zalim dalam isu pilihan raya, bukannya perhimpunan yang semata mencetus situasi tegang seperti rusuhan atau yang seumpama dengannya seperti yang dianggap banyak pihak..

Rakyat keluar beramai-ramai untuk menyatakan rasa tidak puas hati, kerajaan sepatutnya mengadakan perbincangan bersama rakyat secara terbuka, bukannya terus menidakkan suara yang datangnya dari rakyat.

Pakatan Rakyat komited membela hak rakyat melalui saluran politik yang bersih, isu ini tidak akan selesai jika kerajaan Umno BN terus enggan menawarkan ketelusan dalam perjalanan pilihan raya, lebih-lebih lagi PRU 13 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 8 Jun 2011

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.